Monday, April 21, 2008

UPDATE: Projek Learning Grid Guide, F1, LEGO dan DEPCO: Falasi Kebermanfaatan

UPDATE: Sifu menerima perkhabaran bahawa 2 orang pegawai petugas di pejabat seorang YB Ahli Parlimen PKR Selangor sedang meneliti semua salinan bercetak komen-komen entri ini bagi tujuan menyediakan bahan ucapan dalam parlimen.

.............. 

Salah satu falasi yang kerap dilakukan oleh orang yang menilai sesuatu idea adalah "falasi keber-manfaat -an".

Falasi logik ini mengatakan, jika sesuatu perkara itu mempunyai ciri-ciri yang membawa manfaat, maka idea itu elok dan patut diterima.

Sebagai contoh, projek Learning Grid Guide, F1, LEGO dan DEPCO mempunyai banyak manfaat kepada pelajar, maka projek itu sesuai dan elok dijadikan projek mengajar rekacipta di SEMUA sekolah Malaysia. Logik begini adalah berfalasi.

Falasinya terletak pada realiti bahawa segala sesuatu di dunia ini mempunyai ciri-ciri kebaikan dan manfaat. Industri judi sekalipun mempunyai banyak kebaikan, sebagai contoh ia mencipta peluang pekerjaan, baik untuk industri pelancongan, sumber pendapatan cukai bagi kerajaan dan banyak lagi.

Hanya disebabkan projek Learning Grid Guide, F1, LEGO dan DEPCO mempunyai banyak kebaikan dan manfaat, faktor itu tidak boleh dijadikan hujah dan alasan bagi mengatakan bahawa projek dan gajet-gajet itu adalah alat yang paling baik (the best) bagi mengajarkan kemahiran reka cipta kepada murid-murid sekolah.

Sebagaimana yang pakar-pakar pendidikan tahu, terdapat banyak strategi, teori, teknik, metodologi, pedagogi dan teknologi pengajaran yang lebih baik, lebih murah, dan lebih mudah, yang dapat digunakan bagi mengajarkan subjek itu.

Tindakan Kementerian Pelajaran (KPM) memilih Learning Grid Guide, F1, LEGO dan DEPCO yang nilai bisnesnya ratusan juta ringgit, buat mengajarkan 1 mata pelajaran, adalah tidak masuk akal pakar-pakar pendidikan. Ia hanya masuk akal orang-orang bisnes yang korup lagi mengkorupkan.

Kepada mentee-mentee Sifu, latihan berfikir hari ini:  Kita sudah tahu manfaat projek Learning Grid Guide, F1, LEGO dan DEPCO. Sekarang, apakah keburukan-keburukan apabila gajet-gajet itu dibeli oleh KPM.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(64) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: UPDATE: Sifu Menerima Surat Ugutan Previous entry: Sdri. Nadzirah Sudah Terima Laptop DELLnya!
justin  on  04/12  at  09:15 PM

tanyalah hasyim dan mukhlas yang baru bersara sering ke jakarta dengan proxy khazanah jaya s/b (rebound asia s/b en joehari said ) berpoya poya untuk projek F1. pegawai khas feisal politikal sec semua dalam pocket bktan. to yab hisham ’ we know what you did in tokyo dengan bktan in 2008’...

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/12  at  11:16 PM

Justin,

Hashim & Mukhlas hanya pegawai PPK/KPM. Kalau dah projek menteri, mana depa berani tegur walaupun tak setuju? Letak siapa pun di situ, baik Mat Kassim, Md Noh hatta Dr Haily pun takkan berani menentang arus. Yang patut dipertanggung-jawabkan dalam hal ini ialah pejabat menteri kerana tidak telus, jujur dan amanah. Termasuk jugalah kroni2 di keliling mereka yang tamak dan selfish. Kalau TKP call you to support the project, berani ke you bantah. dan berani ke TKP bantah menteri?

Datuk Noorrizan, we also know what you did last year ..

justin  on  04/13  at  05:56 AM

hisham / eprd , cyrille / sekolah / tksu / abdullah wong semua terlibat. Habislah kpm, ksm, kbs. ppsmi projek yang melibat billion temasuk apex communication, time engineering dengan HP, samsung sudah dilupai. cubalah audit alat tersebut, ramai sekolah masih simpan dalam stor dan sudah obsolete RM150 juta tapi dipaksa oleh kuncu bktan oleh AK khan untuk tambahkan lebih sekolah RC 236 lagi berharga 480k / sekolah. cubalah tanya semua guru besar dari sekolah 114 sama ada tahu kendali F1 dan 3000 guru yang diberikan solidedge cad palsu yang tanpa module rendering yang wajib belajar dalam subjek perbentukan RC apakah F1? siapa yang menerima $ dari hasnee/F1?  dll… memang betul usah bantah

Zulkifli Buyong  on  04/13  at  11:29 PM

Untuk Rujukan:

Gano: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Sister: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Justin: http://www.alibaba08.com/
Manbai: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Alang: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Manbai: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hani: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Razzi: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Pembenci Kezaliman: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Abiden: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Dr Azwan: http://www.drazwan.blogspot.com/
Hana: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
*Mungkin Wakson pun orang yang sama dikalangan di atas.

***Perlu perkara yang tuan-tuan dan puan-puan debatkan disiasat oleh KPM sendiri. Ada beberapa prosedur KPM yang diterangkan oleh Pn Hani bagi pihak pegawai PPK sendiri kurang tepat. Saya berpandangan isu di sini bukan Program F1 atau apa pun program yang bermenafaat kepada generasi pelajar kini tetapi syarikat pembekalnya, individual yang ‘dibeli’ oleh syarikat pembekal. Jika pihak Justin yang cukup lengkap dengan maklumat, tolong bawa perkara ini kepada pihak yang bertanggung jawab seperti BPR, PM, TPM, KSN, DS Hisham sendiri. Mungkin beliau tidak sedar “diperangkap” oleh BK TAN. Semua SB Bukin Aman dan MINDEF kenal BK Tan. Tanya Raja Petra. Diharap tindakan Justin untuk melaporkan, dapat menghentikan debat ini yang menggangu blog Pn Ainon. Banyak perkara/ilmu yang boleh didapati daripada blog ini setelah saya rujuk sejak 2005. Tujuan beliau hanya meminta orang menyisat dan kini banyak fakta-fakta ada, dan sudah tiba masa pihak yang bertanggung jawab menyisat. Pn. Ainon merasakan beliau bertanggung jawab bila ada individu meminta beliau ‘buka mata’ seseorang. Ya, ianya berjaya. Di samping itu, debat di sini mungkin menjejaskan nama baik seseorang yang tidak bersalah atas salah faham atau maklumat tanpa bukti daripada pemberi maklumat maupun individu yang memberi andaian. Ini tidak baik. Oleh itu saya menyokong dan ucapan terima kasih didahulukan untuk bakal tindakan En. Justin dan semua yang berdebat. Anda semua perihatin. Bagus. Kita tunggu perkara ini di muka depan akhbar utama harian. Semoga kita semua yang sentiasa ikuti debat-debat ini sedar tanggung jawab kita sebagai rakyat Malaysia. -Zulkifli

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/13  at  11:47 PM

1. Banyak juga nickname akma hani ye

2. Itu yang sebaik-baiknya. Cuma siapa yang berani nak jadi whistle blower…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/14  at  01:15 AM

Wah. Sebenarnya, apabila mereka-mereka ini datang ke sini dan membuat penafian, misi di sini sudah berjaya!

Uih, kelakar penyamar-penyamar itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/14  at  02:24 AM

tlg jgn nak fitnah psl nick saya ya… ada 1 saja dan saya tdk perlu nak guna 2 atau lebih nick. Saya minta golongan yang x bertanggungjawab jgn suka2 nak guna emel saya utk nick lain. klu kita benar kenapa perlu takut bersembunyi di bwh pelbagai nick? cukup 1 nick saja

satu lagi, tentang prosedur KPM tu - kalau la rasa u boleh listkan prosedur yg lebih tepat, senaraikanlah. x cukup sekadar kata prosedur yg disebut oleh pegawai ppk tu tak tepat.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/14  at  02:48 AM

saya ucapkan terima kasih atas sokongan pegawai2 kpm terhadap saya yg saya terima melalui emel saya. salah satu emel yg saya terima menyatakan rasa tidak puas hati atas komen bahawa kpm dan kerajaan tidak menggunakan peruntukan secara bijak. Komen ini spt biasa adalah dr Gano yg sentiasa menganggap pegawai2 KPM, khususnya PPK dan ahli2 politik BN lebih bodoh dan bangang berbanding dia. Ini adalah statistik yg diberi - menurut pengirim emel ini, pd tahun 2004 - jumlah bantuan tambahan kepada pelajar hanya sekitar rm 1.3 bilion, tetapi sejak kedatangan DS Hisham,beliau telah banyak berusaha memastikan jumlah ini meningkat kepada yg terakhirnya RM 3 b.

Hani,

Terima kasih kerana mempertahankan maruah dan imej kami daripada mereka yang tidak bertanggungjawab. Bagi mereka yang tidak faham dan tahu perjuangan DS Hisham, mereka tidak mungkin memahami kesukaran untuk memastikan rakyat mendapat kebaikan dari segala projek yang dirancang. Tuduhan bahawa KPM atau YBM tidak bijak dan tiada integriti adalah tidak boleh diterima sama sekali. Bagaimanapun kami terutamanya di KPM lebih memahami berbanding mereka.

Salah satu daripada komitmen kerajaan untuk membasmi keciciran dan membantu meringankan bebanan ibu bapa di dalam menanggung persekolahan anak-anak mereka adalah melalui penyediaan pelbagai jenis bantuan. Melalui penjimatan dalam perkara-perkara tertentu, kerajaan berusaha untuk memperuntukkan sehingga RM 3 bilion untuk bantuan tambahan kepada pelajar bagi penggal persekolahan 2008. Jumlah ini adalah sekitar 12 peratus daripada peruntukan mengurus tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekitar 78 peratus lebih tinggi daripada peruntukan tahun 2007, iaitu hanya sebanyak RM 1.68 bilion.

Daripada jumlah itu, RM 200 juta diperuntukkan untuk Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

RM 246.9 juta untuk Skim Bantuan Tuisyen (SBT) yang turut termasuk bantuan makanan kepada 478,000 pelajar yang mengikuti SBT ini.

Bagi mengurangkan risiko keciciran di kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman, Asrama Harian disediakan untuk menempatkan para pelajar. Sehingga kini, terdapat 1,397 buah asrama harian yang menempatkan lebih dari 250,000 pelajar.

Untuk memudahkan perjalanan pergi dan pulang para pelajar dan sebarang aktiviti seperti lawatan dan sebagainya, sebanyak RM 9.1 juta lagi disediakan sebagai Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid.

Pada tahun 2007, bagi menyediakan makanan yang berkhasiat untuk pelajar-pelajar miskin, kerajaan telah menaikkan kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM 1.20 dan RM 1.35 kepada RM 1.80 di Semenanjung dan RM 2.05 di Sabah, Sarawak dan WP Labuan, menjadikan peruntukan keseluruhan bagi tahun 2008, RM 276 juta.

RM 26.7 juta diperuntukkan untuk Program Susu Sekolah yang akan dimulakan semula pada tahun ini menggunakan pendekatan dan mekanisme baru.

Manakala sebanyak RM 50 juta diperuntukkan untuk Bantuan Makan Khas Prasekolah.

Bagi anak-anak yang berada di asrama pula, kadar Bantuan Makanan Asrama pula telah dinaikkan antara RM 9.50 dan RM 12 menjadikan peruntukan pada tahun 2008 meningkat daripada RM 665 juta bagi tahun 2007 kepada sebanyak RM 1.14 bilion pada tahun 2008.

Selain itu, Kadar Biasiswa Kecil Persekutuan juga telah dinaikkan daripada RM 50 kepada RM 70 sebulan. Dengan kenaikan ini, jumlah yang diperuntukkan pada tahun 2008 untuk Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa Kelas Persediaan Universiti dan Skim Biasiswa Sukan telah meningkat kepada RM 268.5 juta.

Semasa pembentangan bajet 2008, Y.A.B Perdana Menteri telah mengumumkan lebih banyak bantuan lagi untuk sesi persekolahan tahun 2008. Paling penting adalah pemansuhan yuran khas sekolah bernilai RM 4.50 bagi murid sekolah rendah dan RM 9.00 bagi pelajar sekolah menengah dan memberikan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar sejajar dengan hasrat untuk menyediakan pendidikan percuma di negara ini.

Langkah ini merupakan satu lagi usaha untuk meringankan bebanan ibu bapa selepas pemansuhan semua yuran peperiksaan awam pada tahun 2007.

Sebagai bantuan agar pelajar miskin dapat mengikuti program kokurikulum dengan lebih sempurna, sebanyak RM 188.8 juta setahun diperuntukkan bagi mengadakan Elaun Pakaian Seragam Unit Beruniform kepada murid di Tahap Dua sekolah rendah dan pelajar di sekolah menengah.

Berikutan langkah ini, kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan sebanyak RM 36.7 juta bagi pemansuhan yuran sekolah; RM 255 juta bagi pemansuhan yuran peperiksaan awam; dan RM 300 juta setahun untuk menyediakan buku teks kepada semua pelajar.

Segala bantuan yang dinyatakan tadi hanyalah merupakan bantuan yang disediakan oleh KPM dan tidak termasuk bantuan-bantuan yang diagihkan oleh kementerian lain dan juga agensi lain seperti pusat zakat.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/14  at  04:54 AM

HANI,

Dalam hal yang wajib disokong kami sokonglah. Tetapi 1000 benda yang baik tidak boleh dijadikan alasan tutup satu benda yang meragukan.

Itulah Hani, ini dinamakan diversion, orang di sini orang pandai-pandai… Macam di tvlah… Bila orang tanya kenapa zaman Mahathir minyak hanya naik 4 sen, zaman Anwar turun 3 sen, zaman Pak Lah naik 60 sen, semua wakil rakyat termasuk Pak Lah yang dikasihi sibuk isu pembangunan dan subsidi itu ini sebagai cara tidak mahu menjawab, kemudian lagilah orang tidak percaya dan tertolak.

Hishamudin kami yakin dia pun ada buat benda baik. Tetapi perjuangan lebih baik ialah buat pembersihan dari dalam dengan orang berkepentingan. Itu Hani sampaikan kepada Datuk Hisham..

Nafikan gosip-gosip, bukan peringkat tertinggi, bukan letakkan orang-orang kecil seperti kita lihat dalam komen-komen. Ini tangungjawab menteri sebagai leader. Itu etika perjuangan, nabi sentiasa ke depan, mereka yang ke depan dengan dia masa perang uhud atas kerelaan… bukan disuruh-suruh.

Sudah tiba masanya, Hani sampaikan mesej ini (mungkin Hani rayukan pada bos) perjelaskan kenapa isu ini timbul berbanding diamkan diri. Janganlah kata Hishamudin tidak tahu tentang entri ini…. takkan pengikutnya tidak sampaikan.

Dengar kata semasa pesta buku Hishamudin tidak datang, sampaikan orang industri buku hedak tanya isu ini dan isu lain tak dapek… Kata demokrasi keterbukaan… Macam mana ni?

Jangan kata ini bukan program nasional. Dia seorang yang patriotik dan berjiwa Melayu… kalau kata dia sibuk, aku rasa dia Melayu yang paling retorik…. dan mungkin hani nak bagi alasan benda baik bagi isu ini…

Hani, benda yang baik bergantung kepada kemashalatan, jika hani faham maksud kemashalatan…. jangan lupa fiqh keutamaan… melepaskan kedua terbaik untuk pertama yang terbaik…. Bukan nak gaduh pun, tapi Hani ini falasi dan diversion…. Jika Hani pembaca tegar dan intelek, kami semua yakin Hani faham…

Err… hani ada baca buku de Bono?

Zulkifli Buyong  on  04/14  at  09:29 AM

Sebagai Rujukan:

Shamsuddin Kadir: http://www.shamsuddinkadir.com/
Sab2: http://sab2.blogspot.com/
Nor Haniza: http://maribaca.blogspot.com/
Nizam: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
hana hani hanu: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
hani: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Dr Azwan: .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Begini je la Pn. .(JavaScript must be enabled to view this email address). Jika Puan tak guna email add yang sama. Mungkin rakan anda gunakan terminal yang sama. Itu sahaja la yang saya boleh andaikan. Tujuan saya menulis di sini meminta agar perkara yang didebatkan dihentikan di sini dengan meminta En Justin melaporkan kepada saluran yang lebih baik. Di sini hanya gosip sahaja. Tak beri kita naik pangkat, naik gaji atau pun kepada pembekal, mendapat projek. Saya harap blog ini lebih memberikan maklumat ilmu yang saya percaya daripada blog penulis yang memerhati debat F1 ini adalah yang hebat-hebat. Bercakap berkenaan prosedur di KPM, saya rasa tuan-tuan dan puan-puan semua kena berurusan dahulu dengan pihak KPM baru jelas. Proses kontrak runding terus, kontrak bermasa & “turn-key” masih boleh dipercayai jika ia mengikut syarat-syarat yang yang telah ditentukan oleh Jabatan Perbendaharaan Negara. Pada pandangan saya, dalam Kes F1, dan DEPCO, urusan di KPM ada kepincangannya. Begitu juga dengan LEGO, seolah KPM tidak peka dengan “origin” produk tersebut. Seperti ‘response’Dr Azwan; “Cuma siapa yang berani nak jadi whistle blower…”. - Zulkifli

justin  on  04/14  at  07:31 PM

Baru saya baca rahman dahalan ingin menjadi ketua pemuda. Rahman sering dilihat di KL Plaza Karaoke Songbird dengan andie low dan bktan, untuk apa lagi… projek baru di berengan $200 juta melalui proxy bktan. jalinan raya boleh finance dia menjadi ketua pemuda. pengerusi F1 Datuk harlim pernah penasihat kepada tun razak dan dengan najib jadi bakal PM, tidak mungkinkah kumpulan bktan boleh menjadi king maker?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/14  at  09:36 PM

En. Zul, mengapa harus dihentikan kehangatan forum di unika? Dari komen2 yang ada setakat ini, forum di sini ada kesannya. So far, tiada lagi ruang cyber yang sesuai untuk membahaskan isu kepincangan di KPM. Ramai juga guru2 dan pegawai KPM yang membaca blog ini sejak isu KPM diketengahkan. Perihal tindakan, saya percaya mendedahkan kepincangan KPM di laman ini juga satu usaha dari mereka yang merasa terpanggil untuk membetulkan keadaan. Bukankan the press is the fourth state in a democratic system? Inilah wadah kami sebagai check & balance di KPM. Sekurang2nya, pegawai KPM akan lebih berhati2 dan beramanah selepas ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/15  at  01:42 AM

Salam dan yang semaknya dengannya.

Kadang-kadang kekeliruan melanda dengan perdebatan yang terjadi. Apa yang dipersoalkan adalah, adakan apa yang didebatkan ini mendatangkan faedah kepada generasi yang akan datang atau berapa peratuskah isu yang didebatkan ini berguna kepada yang memperolehinya.

Jika dikaji dan ditimbalkan, rasanya tidak berbaloi dengan apa yang rakyat sumbangkan melalui cukai yang dibayar oleh rakyat jelata. Adakah keseluruhan rakyat jelata akan menikmati hasil darinya????

Jika hendak dibandingkan dengan negara termaju yang lain di daerah yang nun jauh disana, adakah mereka menjadikannya satu benda yang wajib ke dasar kepentingan mereka, rasanya tidak.

Kan lebih indah jika apa yang dibelanjakan itu digunakan ke jalan yang lebih berguna dan memberi manafaat ke segenap lapisan rakyat jelata.

Renungkan dan fikirkanlah kerana apa yang kita kecapi ini tidak semua yang disekeliling kita merasakannya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/16  at  06:47 PM

Kurang meriah rasanya laman unika beberapa hari ini. Isu KPM tiba2 senyap sunyi. Ada pelbagai usaha dan taktik yang digunakan untuk mendiamkan isu ini. Dari komen pojok ke high-handed action. Diversion pun taktik yg bagus. Termasuklah posting garbage berulang2 seperti yg dibuat “hani”.

Saya cadangkan Sifu buka satu kolum khas untuk bincang isu2 korupsi baik di KPM dan juga di mana2 kementerian agar isu2 ini tidak terpendam begitu sahaja kerana ruang laman blog yang kecil. Tidaklah terganggu dan bercampur-aduk antara perbincangan/forum unika/pts dan isu2 hangat ini.

Dari cakap2 di KPM, dengarnya ada pegawai yang kena serahkan handphone untuk disemak/trace contacts masing2. Sampai begitu sekali!

Page 3 of 3 pages  <  1 2 3

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: