Fatwa Lumba F1, Lumba Kuda, dan Nabi Muhammad
Ada pendapat yang mengatakan aktiviti lumba kereta F1 adalah tidak salah dalam Islam.
Dalil yang digunakan bagi menyokong pendapat itu adalah disebabkan ada hadith yang menyebut bahawa Nabi Muhammad (bacakanlah salam dan selawat buat beliau, anggota keluarga beliau, dan sahabat-sahabat beliau) pernah menaiki kuda, di mana pada suatu masa kudanya berpelana manakala pada suatu masa lagi tidak.
Hadith itu tidak sesuai dijadikan hujah bagi mengeluarkan fatwa bahawa sukan lumba F1 dibolehkan, kerana antara sukan kuda Nabi Muhammad dengan sukan lumba kereta F1 adalah tidak serupa:
1. Haiwan kuda dengan kereta Formula 1 adalah 2 jenis kenderaan yang tidak boleh dimasukkan dalam kategori serupa.
2. Lumba kereta Formula 1 adalah sejenis sukan kompetitif yang mempunyai undang-undang, peraturan, hakim dan hadiah. Sukan kuda Nabi Muhammad tidak mempunyai sifat-sifat itu.
4. Tujuan sukan lumba kereta F1 dengan tujuan sukan kuda Nabi Muhammad adalah amat berbeza. Sukan kuda Nabi Muhammad adalah bagi tujuan riadhah dan latihan berperang.
5. Tidak ada rekod yang menunjukkan Nabi Muhammad pernah menubuhkan pasukan ahli sukan kompetitif, ataupun di mana beliau pernah menganjurkan apa jua pertandingan sukan kompetitif, di mana ada hadiah disediakan bagi pemenangnya. (Barangkali beliau tahu bahawa sukan kompetitif sangat berkait dengan maksiat pertaruhan serta perjudian.)
6. Bukan hanya dalam bidang sukan, malah Nabi Muhammad tidak pernah menganjurkan sebarang acara peraduan, pertandingan, perlawanan, perlumbaan, kejohanan, sayembara, liga, musabaqah, debat, dan yang seperti itu, di mana para pesertanya dikehendaki supaya berlumba-lumba mengalahkan yang lain dengan tujuan mendapatkan ranking ataupun hadiah yang disediakan oleh penganjur.
Tuhan jualah yang maha mengetahui.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
Maaf. Sekadar berkongsi.
Dipetik dari http://mufti.perak.gov.my/
Kriteria pertaruhan/pertandingan yang diharamkan.
Satu pertandingan yang akan menghasilkan sama ada peserta yang akan untung hasil daripada kerugian yang akan dialami oleh peserta yang lain dan mengaut hadiah dari harta-harta mereka ataupun dia sendiri akan rugi daripada pertaruhannya.
Sabda Rasulullah S.A.W. “Tidak dibenarkan pertandingan kecuali pada pertandingan anak panah, perlumbaan unta dan perlumbaan kuda.” (Pertandingan-pertandingan ini juga tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh syarak seperti mana yang termaktub dalam kitab fiqh.)
Rukhsah pengecualian pengharaman kepada ketiga-tiga bentuk pertandingan di atas berlaku kerana ada kepentingan penyediaan kekuatan untuk berjihad.
Saya pernah bertanya kepada seorang ustaz, bolehkah kita andaikan menembak, lumba motor, motorcross dll sebagai suatu sunnah. Dia kata, tidak boleh kerana ia bersalahan dengan asal sunnah. Kita boleh buat, tidak salah. Tapi jika buat, ia bukan bermakna kita ikut sunnah nabi. Lebih kurang begitu katanya. Saya pun ingat-ingat lupa.
Berkenaan hadiah pula, dipetik dari buku Halal dan Haram dalam Islam Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi bab Hiburan yang halal. Pautan maya di
‘http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/4034.html’
Ibnu Umar meriwayatkan: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.” (Riwayat Ahmad)
Berkenaan dengan F1 pula, saya rasa hukum yang mungkin lebih sesuai ialah hukum membazir. Firman Allah yang bermaksud : “Janganlah kamu membazir, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membazir.”
Tahukah anda perbelanjaan untuk satu kereta bagi setiap perlumbaan F1? Kita ambil contoh tayar. Lebih 900 tayar digunakan setahun. Satu tayar berharga UK Sterling 1500. (source: Sport Telegraph). Harga sebiji motor pakai buang begitu sahaja. Rasa bersalah pula mengutuk mat rempit.
Saya teringat dulu di televisyen ada siri cerita ‘Saintis Muda’.
Wassalam.
1. Haiwan kuda dengan kereta Formula 1 adalah 2 jenis kenderaan yang tidak boleh dimasukkan dalam kategori serupa.
———> SAYA SETUJU, IA BUKAN DALAM KATEGORI SAMA
2. Lumba kereta Formula 1 adalah sejenis sukan kompetitif yang mempunyai undang-undang, peraturan, hakim dan hadiah. Sukan kuda Nabi Muhammad tidak mempunyai sifat-sifat itu.
———> SAYA SETUJU
4. Tujuan sukan lumba kereta F1 dengan tujuan sukan kuda Nabi Muhammad adalah amat berbeza. Sukan kuda Nabi Muhammad adalah bagi tujuan riadhah dan latihan berperang.
——-> SAYA SETUJU
5. Tidak ada rekod yang menunjukkan Nabi Muhammad pernah menubuhkan pasukan ahli sukan kompetitif, ataupun di mana beliau pernah menganjurkan apa jua pertandingan sukan kompetitif, di mana ada hadiah disediakan bagi pemenangnya. (Barangkali beliau tahu bahawa sukan kompetitif sangat berkait dengan maksiat pertaruhan serta perjudian.)
——-> BAGAIMANAKAH PANDANGAN PUAN MENGENAI HADIA PERTANDINGAN MUSABAQAH AL-QURAN?
6. Bukan hanya dalam bidang sukan, malah Nabi Muhammad tidak pernah menganjurkan sebarang acara peraduan, pertandingan, perlawanan, perlumbaan, kejohanan, sayembara, liga, musabaqah, debat, dan yang seperti itu, di mana para pesertanya dikehendaki supaya berlumba-lumba mengalahkan yang lain dengan tujuan mendapatkan ranking ataupun hadiah yang disediakan oleh penganjur.
——-> BAGAIMANAKAH PANDANGAN PUAN MENGENAI HADIA PERTANDINGAN MUSABAQAH AL-QURAN?
Tidak guna menang sorak dengan penyokong puan kerana yang batil tetap batil. Seperti komen En Firdaus, kaedah membuat “fatwa” puan sendiri tidak tepat mengikut aspek fiqh.
Sekarang puan mengambil kaedah puak wahabi, seolah olah tidak dapat membezakan bidaah hasanah dan dalallah. Saya cadangkan puan sekurang kurangnya rujuklah kepada Tn Guru Nik Aziz atau Al-Ustaz Hassan Din berkenaan bidaah dalallah dan hasanah, kerana dari penulisan puan di sini, saya merasakan puan perlukan bimbingan mereka. Wallahu ‘alam.
——>SAYA SETUJU SIFU. LUMBA KUDA HALAL
Jom kita tengok lumba kuda dalam KPM. Nampak gaya kuda Khairy dah keluar kandang. Bila mau race? Nyam! Nyam! Sedapnya popcorn ni!
Nazrul Khamis menulis:
“Tidak guna menang sorak dengan penyokong puan kerana yang batil tetap batil. Seperti komen En Firdaus, kaedah membuat “fatwa” puan sendiri tidak tepat mengikut aspek fiqh.”
Saya fikir pendapat ini dipengaruhi emosi, huraian tidak lengkap dan tidak beradab.
Saudara Nazrul Khamis. Sekiranya saudara berasa berada di pihak yang benar maka izinkan kami berkongsi kebenaran dengan pendapat saudara, bagaimana membuat fatwa dengan tepat? Apa perbezaan bidaah hasanah dan dhalalah? Saya percaya setiap huraian adalah berbeza.
Dah kata dah….
Topic asal berubah dari satu reply kepada satu reply…
blog sini jadi semakin menarik… secara tak langsung, menambah promosi untuk puan Ainon…. hehehehehe yang empunya topics tak turun padang pun menjawab melainkan membuat FATWA…. mungkin FATWA pujangga agaknya…..
Apa komen Ainon
encem : ‘Apa komen Ainon’.
Saya kata perkara pertama yang Puan Sifu akan komen ialah : ‘Gunakan tanda baca dengan betul’.
Saya yakin, sebelum posting ini di ‘upload’, Sifu telah membuat beberapa rujukan dan semakan. Jika tidak , masakan beliau bergelar Sifu.
Berkait bid’ah hasanah dan dolalah, baru-baru ini di Akademi Pengajian Islam Univ. Malaya berlangsung satu wacana ilmu berkaitan bid’ah hasanah. Malangnya ulasan dan laporan lengkap sedang saya usahakan.
Yang menerima bid’ah itu semuanya dolalah, seperti hadis nabi ‘Semua bid’ah itu sesat’, ramai yang berkata begiu. Manakala yang yang memutar-mutar makna bid’ah itu supaya menjadi hasanah dan dolalah pun juga ramai. Kalau disusun kitab-kitab yang menyokong kedua-dua pendangan ini, mungkin tidak tersusun, kerana terlalu banyak.
Tapi, bak kata Tuhan, ‘Apabila kamu berbantah-bantah, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul’.
Saya usahakan agar laporan itu siap segera.
Riduan…
Bila lak lah jadi puan ainon…!!!! hehehehehe….!!
Gunakan minda yang betul
encem,
pemikiran mcm ni yg jdkan umat islam lemah dan tak mampu nak mencipta teknologi. saya tak pernah mengikuti prog F1 yg dianjurkan oleh kementerian, tp rakan-rakan saya di PPK mengatakan ia bagus sbb menjadi model pembelajaran yang holistik utk pelajar. kawan saya guru di Sekolah Tun Fatimah pula ada masa pertandingan dunia di sunway baru2 ini kerana membawa pelajar. kata dia, program ini telah merangsang minat pelajar, baik lelaki dan perempuan utk ada kemahiran hands on, presentation, marketing dan branding serta menggalakkan kemahiran menyelesaikan masalah, minat terhadap R&D;dan menghasilkan produk yg menepati standard industri. prog F1 katanya sesuai utk pelajar perempuan juga, berbeza dgn zaman dia belajar fizik, yg ada cuma troli dan batu ladung. skrg katanya, budak2 bertuah, sejak muda lagi sudah boleh mencipta perisian dan logik utk operasi robot dan boleh mengaitkan konsep fizik dan rekaan melalui benda2 yg mereka boleh nampak. dulu byk teori saja.
Kepada semua pengunjung,kita ini semua tahu fasal akhlak. Jadi tidak perlulah gunakan emosi dan tidak keruan tulisan itu di bahagian komen. Kalau sesiapa yang merasakan ada yang patut ditegur atau diperbetulkan,sila gunakan saluran yang betul. Gunakan saluran email dan itu lebih baik dari menulis diruangan komen ini. Kita ini juga ada belajar fasal adab menegur dan sebagainya,jadi pandai-pandailah. Tak perlu nak diajar atau disuruh-suruh baru nak faham macam budak kecil!
Post a comment