Sunday, October 15, 2006

Promo Buku dan Ceramah Motivasi

Apabila saudara hendak menjadi motivator, bagaimanakah saudara menggunakan sesi ceramah saudara bagi mempromo buku saudara?

Katakanlah saudara sekarang sedang menulis buku travelogue saudara yang merakamkan pengalaman saudara di Sudan, dan saudara hendak menjadi motivator bidang dan aktiviti pengembaraan bagi program PLKN.

Fikirkan perkara-perkara berikut:

Saudara hendak mempromosi jualan buku saudara kepada para peserta. Perlukah saudara sebut buku itu dalam ceramah saudara?

Kalau saudara ceritakan tentang buku saudara kepada hadirin, nampak benar saudara tidak banyak bezanya dengan tukang jual ubat di pasar malam.

Jangan promo buku saudara sendiri. Sebaliknya, hadiahkan senaskhah buku saudara kepada pengerusi sesi saudara dan biarkan beliau yang mempromosikannya!

Datang awal sebelum sesi. Ambil masa berkenalan dengan bakal pengerusi sesi saudara. Segera serahkan senaskhah buku saudara, biar beliau ada masa membelek-belek buku itu. Berbual-buallah dengan beliau tentang pengalaman saudara dalam pengembaraan.

Semasa saudara bercakap dalam ceramah, si pengerusi mendapat banyak masa membelek-belek dan membaca-baca buku saudara yang ada di tangannya. Apabila beliau hendak menutup majlis, tentu beliau akan angkat buku itu, tunjukkan kepada hadirin dan memuji-mujinya!

Kata-kata pengerusi majlis didengar sebagai kata-kata yang kredibel oleh hadirin. Selepas tamat sesi ceramah, hadirin pun berpusu-pusu pergi ke meja pameran, selepas itu mereka berbaris menanti giliran mendapatkan tandatangan saudara....

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menjadi Personaliti TV Bebas Previous entry: Wajah TV-Friendly
alang bidara  on  10/19  at  06:04 AM

Assalamu’alaikum, Saya rasakan seolah-olah Sifu memberi bayangan ingin mencadangkan nama saya kepada pengarah PLKN untuk menjadi salah seorang penceramah di sesi pengambilan yang akan datang….
——-

alang bidara  on  10/19  at  06:08 AM

..(sambung)... dan juga seperti Sifu secara tidak langsung memberitahu saya: “Cepat siapkan travelogue Sudan, nanti saya hendak cadangkan nama anda untuk menjadi seorang motivator di PLKN.”...

Puan Ainon Mohd.  on  10/19  at  07:47 AM

Alaikumussalam, Tuan Alang.

Buku saudara itu adalah tiket bagi memasuki pelbagai pintu rezeki! Kalau tidak ada buku, saudara tidak ada ‘point’ yang hendak dijadikan umpan bagi mendapatkan ikan besar.

Tanpa buku, apa alasan saudara hendak menawarkan content kursus kepada pengurusan PLKN dan lain-lain program pembangunan remaja?

Tanpa buku, apa kelayakan saudara hendak bercakap tentang semangat mengembara kepada remaja2 itu?

Tanpa buku, paling-paling sdr cuma dapat bayaran saguhati. Dengan buku, saudara melipatgandakan perolehan saudara.

Puan Ainon Mohd.  on  10/19  at  08:10 AM

Tuan Alang, sambung….....

Banyak pula mentol idea saya yang menyala!

1. Semua korporat dan badan kerajaan ada Kelab Sukan. Orang kaki sukan tentu berminat mendengar motivasi semangat mengembara.

2. Banyak korporat Malaysia mempunyai pejabat dan projek pelaburan di luar negara. Mereka juga tentu berminat mendengar motivasi bertugas di negara-negara membangun yang masih serba mundur, supaya staf mereka diberi pendedahan dan semangat suka bertugas di negara2 mundur.

3. “Tips-tips berada di padang pasir” boleh diceramahkan kepada anggota tentera pengaman Malaysia yang akan ke Lubnan.

alang bidara  on  10/19  at  08:28 AM

....Saya akan cuba siapkan travelogue (semua episod) semasa cuti raya….insya Allah masa Bengkel pada 12 Nov nanti, boleh datang rasa gembira, kerja travelogue selesai..dan boleh mula pula manuskrip “Tip-tip Padang Pasir” dan “Motivasi..” itu!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: