Buku-buku untuk Kempen Promosi Baca@Ramadan Sudah Mula Terbit
Empat bulan sebelum Ramadan, para penerbit sudah mula mencetak buku-buku agama yang dirancang akan sangat laku keras sepanjang 2 bulan sebelum mula puasa.
Pada masa ini buku-buku agama PTS sudah terbit ataupun sedang dicetak.
Buku-buku yang sesuai untuk promosi Baca@Ramadhan adalah:
(i) Buku panduan ibadah puasa
(ii) Sebarang buku agama
(iii) Buku panduan haji dan umrah
(iv) Buku resipi
(v) Komik-M tema puasa dan hari raya
Bagi tuan yang mahu menerbitkan buku untuk musim Ramadhan tahun hadapan (2012), tuan-tuan perlu menghantar proposal kepada editor mulai sekarang supaya mendapat kelulusan, dan seterusnya mula menulisnya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006




Post a comment