Saturday, July 18, 2009

Promosi Buku: Penulis Mesti Ambil Daya Usaha Sendiri dan Jangan Bergantung kepada Penerbit

Penerbit tidak dapat bergantung kepada kedai-kedai buku bagi mempromosi buku-buku terbitannya. Ini disebabkan kedai buku menjual beribu-ribu judul buku dan masing-masing kedai mempunyai fokus dan prioritinya sendiri.

Sebagai contoh, apabila tiba musim Krismas, kedai buku akan mempromosi buku-buku Kristian, buku-buku lain ditolak ke tepi-tepi, sebab memang jualan buku-buku Kristian tinggi pada waktu itu.

Kalau penerbit buku-buku Islam tidak mengambil inisiatif sendiri mempromosi buku-bukunya, habislah....

Demikianlah halnya dengan penulis. Penulis tidak dapat bergantung kepada penerbit bagi mempromosi buku masing-masing disebabkan penerbit mempunyai beratus-ratus penulis dan masing-masing penerbit mempunyai fokus dan prioritinya sendiri.

Sebagai contoh, apabila tiba bulan puasa, penerbit akan mempromosi buku-buku agama dan buku resipi, buku-buku lain ditolak ke tepi-tepi buat sementara waktu.

Inilah sebabnya penulis perlu menggunakan internet bagi mempromosi buku-buku sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Menjalin Hubungan Positif dengan Media dari Tuan Roslan Isa (Eksekutif Media PTS) Previous entry: Terbaru Dari PTS Buku 'Berubat dengan Solat'
syahrul  on  07/18  at  07:01 AM

“Inilah sebabnya penulis perlu menggunakan internet bagi mempromosi buku-buku sendiri.”

Setuju Sifu!

Saya promosikan buku saya di:

BLOG:

http://www.syahrulnizam.com
http://teknikpowerpoint.blogspot.com

FACEBOOK: http://www.facebook.com/syahrulnjunaini

TWITTER: http://twitter.com/syahruljunaini

MUDAH.MY: http://www.mudah.my/Buku-Baru-Persembahan-Hebat-dengan-PowerPoint-2003315.htm

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: