Thursday, August 12, 2010

Promosi Buku Resipi PTS Sangat Berjaya

Dalam mood musim bulan puasa dan menjelangnya Hari Raya, PTS mengambil langkah sangat agresif mempromosi buku-buku resipi terbitannya.

PTS membekalkan percuma rak buku (foto) kepada semua agennya yang ikut serta dalam kempen membaca Baca@Ramadan, khusus bagi mempamerkan buku-buku resipi itu. Kos rak itu adalah RM170 setiap satu.

Rak PTS itu mempunyai roda supaya mudah ditolak dan diletakkan di luar pintu masuk kedai supaya orang yang lalu-lalang mudah ternampak buku-buku resipi itu.

Hasil daripada langkah agresif itu adalah peningkatan jualan yang sangat ketara, iaitu 300%.

Kedai buku Kinokuniya yang amat elitis itu pun, yang selama ini tidak pernah memesan buku resipi, tetapi kali ini ia memesan buku-buku resipi PTS! Malah jumlah pesanan Kinokuniya bagi buku-buku agama PTS meningkat dengan mendadak berkat kejayaan kempen .(JavaScript must be enabled to view this email address).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pencetak PTS Kini Sibuk Mencetak Buku-Buku untuk Jualan Cuti Raya Previous entry: Kempen Baca@Ramadan oleh PTS Turut Menguntungkan Penerbit-penerbit Lain

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: