Wednesday, November 24, 2010

Belajar dari AinMaisarah Tentang Proses Memilih Co-Author

Puan Ain Maisarah kini sedang melaksanakan strategi menghasilkan lebih banyak produk bagi jadual penerbitan tahun 2011 dan 2012. Beliau sedang dalam proses mencari dan memilih co-author bagi produk-produk baru beliau.

Dalam Facebooknya, Puan Ain Maisarah ada menulis posting begini:

"Pagi ini memeriksa permohonan 'co-author' AinMaisarah. Ada 26 calon yang memohon. Cuba mencari penulisan gaya bahasa AinMaisarah, tidak banyak kesilapan tatabahasa dan punya kreativiti mengembangkan plot. Lima calon terakhir yang dipilih akan dipanggil untuk bertemu bagi melihat kesesuaian personaliti pula."

AinMaisarah menggunakan 3 kriteria bagi memilih co-author, yakni:

(i) Mempunyai gaya bahasa yang mirip gaya bahasa pada novel-novel AinMaisarah.

(ii) Menguasai tatabahasa yang baik.

(iii) Mempunyai bakat kreativiti mengembangkan plot.

(iv) Mempunyai kesesuaian personaliti.

NOTA: Barangkali kita boleh bertanya kepada Tuan Pengurus AinMaisarah ciri-ciri personaliti yang dicari supaya dapat dicontohi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: USP Ilustrasi Buku Kanak-Kanak dan Remaja Previous entry: Mulai 2011 Buku-Buku PTS akan Dipasarkan Melalui Saluran Bukan Kedai Buku

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.