Saturday, May 09, 2009

Proses Membeli Buku: Kulit Cantik Tidak Cukup

Menulis, mengedit, mempakej, menerbitkan, mempromosi dan menjual buku adalah kerja-kerja yang memerlukan pelbagai kepakaran tinggi.

Pembeli buku adalah orang-orang yang  suka membaca dan menghargai ilmu, oleh itu mereka sangat mementingkan kualiti maklumat yang dihidangkan dalam buku.

Mereka mempunyai  kemahiran berfikir yang kritis. Mereka tidak dapat diperdaya oleh pakejing semata-mata - dalam kes ini, dengan menggunakan desain kulit buku yang cantik dan menarik.

Harga jualan buku-buku PTS adalah komparatif 'mahal'. Ini mendorong pembeli sangat cerewet memilih buku-buku yang mereka mahu beli. Mereka hanya membeli selepas puas hati bahawa kandungan buku itu menepati apa yang mereka mahukan.

Tidak dinafikan bahawa PTS sangat mementingkan desain cover buku-bukunya, kerana jika cover tidak menarik, orang tidak sudi hendak mengambil buku itu dari rak dan memeriksa kandungannya.

Tetapi cover yang cantik bukan jaminan buku itu akan dibeli. 

Foto-foto ini menunjukkan bagaimana pembeli buku yang datang ke gerai PTS membuka dan membaca kandungan buku yang hendak mereka beli.

Kajian-kajian yang telah dijalankan tentang tingkah laku pembeli buku mendapati bahawa semakin lama sesuatu buku itu dipegang-pegang, dibelek-belek dan dibaca, semakin tinggi kemungkinan buku itu akan dibeli. 

Justeru cover berperanan penting mendorong orang mahu memegang buku. Namun, isi kandungan bukulah yang menjamin buku itu akhirnya dibeli. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komunikasi Nonverbal: Condong Badan dan Tutup Mata Previous entry: Di Mana Sekolah al-Ikhlas?
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/09  at  09:16 AM

Salam.

Saya meluat dan bengang apabila melihat sesebuah buku yang menarik hati,  buku ini terbalut cantik dengan plastik nipis.

Sudahlah contoh buku pun tak ada,jadi serba salah pula ingin membuka balutan ini kerana tak semestinya saya akan beli buku itu.

Kesudahannya saya memboikot kedai buku yang membalut majoriti bukunya seperti kedai buku milik peniaga mamak.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: