Protes! Di Manakah Maruah Cendekiawan Melayu
Dalam blog Tuan JiwaRasa, beliau membeli buku-buku dua nama besar dalam dunia sastera kita pada harga RM1.00 di kedai buku DAWAMA di Bukit Mertajam.
Merinci Ufuk oleh Darma Muhammad RM1.00
Pura Bujangga oleh Mohd. Affandi Hassan RM1.00
Penjelasan Budaya Ilmu oleh Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud RM2.40 sen.
Nota kaki: Sebagai tanda saya memprotes penghinaan yang dilakukan DAWAMA kepada buku-buku cendekiawan Melayu yang diterbitkan oleh DBP, sejak dahulu sampai saat ini saya telah dan akan terus mengharamkan diri saya daripada pergi ke Pesta Lelong Buku oleh DAWAMA.
.
.
Merinci Ufuk oleh Darma Muhammad RM1.00
Pura Bujangga oleh Mohd. Affandi Hassan RM1.00
Penjelasan Budaya Ilmu oleh Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud RM2.40 sen.
Nota kaki: Sebagai tanda saya memprotes penghinaan yang dilakukan DAWAMA kepada buku-buku cendekiawan Melayu yang diterbitkan oleh DBP, sejak dahulu sampai saat ini saya telah dan akan terus mengharamkan diri saya daripada pergi ke Pesta Lelong Buku oleh DAWAMA.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Boleh Puan jelaskan, kenapa boleh jadi macam tu sekali, bagaimana status penulis buku itu, adakah mereka di bayar atau bagaimana? Apa penulis2 tersebut boleh lakukan. Atau hanya melihat sahaja apa yang berlaku. wassalam
——-
Kalau dah RM1, nak bayar kpd penulis macam mana?
Assalamualaikum
Saya pernah membeli selonggok antologi puisi penyair besar negara termasuk Sasterawan-Sasterawan Negara dengan harga RM10 untuk 12 buku.
Ini senario biasa setiap kali ada pesta lelong. Ketika itu harga buku bukan dikira dari segi kualiti isi dan ilmunya tetapi tahun berapa penerbitannya. Maka ada buku Zaaba terbitan zaman awal DBP, dan buku-buku penghajian tinggi/ilmiah dijual dengan harga longgok juga. (Lebih teruk daripada jualan ikut timbangan berat macam surat khabar lama)
Mungkin Dawana bertindak sebagai entiti bisnes yang merasa lebih baik dileleong daripada dileburkan begitu sahaja.
Entah.
Bagaimana pula PTS menghadapi himpunan buku yang ‘kalau sekian lama’ tidak dapat dihabiskan?
Dunia sekarang ‘business is business’, maruah dan harga diri boleh tolak tepi bagi sesetengah orang. Itu kita kena faham sebab dunia sekarang memang macam tu. Tapi cubalah kita fikirkan, jika sebuah buku lama, masih dijual dengan harga puluhan ringgit, berapa ramaikah yang sanggup membelinya ? Mungkin hanya dua atau tiga orang yang benar-benar dapat menilai hasil karya tersebut. Tetapi jika dijual dengan harga lelong, saya rasa agak ramai juga yang akan membelinya. Kita harus maklum, orang kita tidak akan sanggup menghabiskan puluhan ringgit untuk membeli sebuah buku, tapi sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk menghantar sms bagi menguntungkan orang lain ! Dunia…dunia….
Kalau tak silap saya, di dalam Islam pun DIHARUSKAN melakukan mudarat kecil, untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar. Jadi di dalam kes ini, cubalah kita ambil kira dari segi kebaikkannya, iaitu akan ramai orang yang mampu (?) membelinya, dan sebagai permulaan akan menilai karya atau buku-buku tersebut.
Yang paling penting, dengan penurunan harga buku-buku, akan meningkatkan bilangan pembaca dan minat membaca dikalangan orang kita, bagi saya itu yang lebih utama.
Pada pendapat saya yang terakhir, (ini pendapat peribadi saya sahaja), penulis yang baik, tidak akan memikirkan kepentingan diri sendiri, tetapi akan memikirkan apakah hasil karyanya akan dapat memberikan kebaikkan kepada orang ramai, itu yang utama ! Tetapi di dalam dunia sekarang yang ramai orang yang bertuhankan duit, saya tak tahulah.
Nik Azman sayang, ada masa kita berbincang tentang DAWAMA lebih lanjut, ya. Masalahnya ialah mereka TIDAK mengedarkan buku tersebut. Kedua, bila daha jadi seperti ini, bagaimana dengan royalti dan macam mana penulis hendak hidup.
Harap maklum.
(Dia post sebelah saya kat CC)
Salam.
Datuk JJ pernah berkata kepada Haslina Usman Awang bahawa buku sasterawan negara Allahyarham Usman Awang dan Pak Samad tidak laku. Isteri kedua Pak Samad (Rashidah Md Dahan yang kebetulan ada dibelakangnya)menjadi saksi. Bayangkan perasaan Haslina (yang baru mula berjinak dalam dunia penerbitan) bila diberitahu sebegitu oleh seorang yang meneraju DBP.
Apabila diminta kembali karya-karya, pelbagai alasan diberi. Persoalan saya, kalau tidak laku, kembalikanlah saja. Mengapa perlu menganiaya pengarang? Apakah tindakan menyerahkan kembali hak itu akan menggugat kedudukan pembesar DBP? Mengapa manusia lebih pentingkan dirinya sehingga sanggup menganiaya orang lain? Mengapa WBSB yang menerbitkan buku-buku Pak Samad boleh menjual setiap judul yang dicetaknya sekurangnya 2,000 naskhah dalam setahun sedangkan DBP yang cetak 1,000 naskhah terpaksa jual “longgok” kerana mekanisma pemasaran dan jualannya gagal? Ini belum kira perlanggaran hakcipta dimana ada karya Pak Samad yang dicetak dan dijual tanpa ada perjanjian dan persetujuan dari Pak Samad - sila lihat buku “Dosa Pejuang”.
Saya harap Puan Ainon bisikkan perkara ini kepada Datuk JJ. Kalau dia tidak meletakkan harapan yang tinggi pada dunia penerbitan sastera pun, sekurangnya dia perlu menghormati penulis. Dia dan Datuk Dr. Firdaus yang meneraju DBP perlu bertanggungjawab dan pulangkan semula saki-baki hakcipta karya-karya yang kami tuntut selama ini.
Dawama? Tolak DBP dari urusan perniagaannya masih akan berdirikah ia?
Nota: Haslina Usman Awang mengambil jalan menggunakan khidmat peguam dalam usahanya mendapatkan kembali hakcipta karya arwah bapanya. Buat masa ini Pak Samad sedang “bertimbang-timbangan” untuk melakukan perkara yang sama.
Ok, saya hendak duduk santai minum kopi dan baca buku…lega, dah lepaskan geram hehehehe.
Revolusi teknologi maklumat mengubah segalanya. Era sebelum Gutenberg memberi eksklusiviti untuk para santri dan pengeran membaca dan memilikki buku. Kemudian mesin cetak membuka peluang kepada ramai. Kini, era internet, jangankan $1.00 malah percuma dan bersepah sepah karya mahaguru, sasterawan dunia dan penyair agung boleh didapati dengan satu klik yang ditalakan kepada perkataan Download!. Apa makna dan implikasinya?
Walaupun mekanisme industri buku konvensional akan terus berjalan, gerak arahnya sukar diramal dan sebarang andaian tanpa melihat dan mengambilkira faktor “jaringan baru” yang mencabar ini agak menyulitkan kita memberi erti “maruah” kepada cendekiawan Melayu. Sementara DAWAMA tidak terlepas dari tuduhan kelemahan operasinya, tempias dari “revolusi jaringan” internet yang mencabar pola pemasaran buku, muzik dan filem di Barat akan tiba jua di sini.
Akhirnya, maruah cendekiawan Melayu tidak di nilai dari harga bukunya tetapi isinya. Buku buku Stephen Hawking, Top Ten Bestseller dunia, genre pop Sidney Sheldon (dikalangan pengguna IT di Barat yang menggunakan P2P dan IRC) mudah didapati secara percuma lagi cepat (mengikut kelajuan broadband anda). Namun ini tidak bermakna jualan “hardcopy” terjejas. Atau mungkin belum begitu berleluasa impak dari “filesharing” ini.
Sdr Nik Azman
Bagaimana hendak menjadi penulis yang baik jika ada masalah kewangan. Betul, duit bukan segala-galanya tetapi untuk menulis perlukan juga duit - beli disket/pen drive, kertas, katrij dan belanja pos. Belum lagi penyelidikan sebelum menulis. Saya melihat ramai teman-teman penulis sepenuh masa menulis lebih baik dari penulis separuh masa - yang saban hari berkejar ke pejabat hingga lewat petang. Apatah lagi jika tinggal di bandar-bandar besar.
Buka - pada peminat dan pemgumpul buku (Baca Sharom TM Sulaiman setiap rabu di kosmo!) semakin lama - semakin jarang dijumpai - semakin mahal. Kedai-kedai buku lama sering jadi buruan di luar negara. Jadi kenapa hendak lelong dengan harga seringgit? Sudahlah Dawama tidak cetak buku itu lagi - Dan tak beri kembali hak ciptanya kepada orang lain - jadi bagaimana masyarakat hendak membaca buku itu? Fikirkanlah…
Tuan Rastom,
Saya setuju sangat dengan pendangan saudara bahawa nilai buku bukan pada RM1.00nya itu, tetapi pada isinya.
Saya bukan protes dan mengharamkan diri saya daripada pergi ke Pesta Lelong Buku DAWAMA kerana harga buku itu RM1.00. Saya protes atas layanan hina yang dilakukan oleh DAWAMA ke atas minda cendekiawan dan ilmuan terbaik bangsa Melayu.
sambung….
Buku2 Melayu terbitan DBP adalah produk yang dihasilkan oleh minda-minda Melayu yang terbaik. Itukah caranya DAWAMA memuliakan karya terbaik bangsa Melayu. Buku-buku itu adalah maruah kepustakaan Melayu.
Sudah tidak ada duit sangatkah DAWAMA sehingga tergamak melakukan perbuatan melelong dan menjual longgok produk minda terbaik bangsa Melayu, macam menjual baju bundle!
Yang dilelong itu bukan buku, tetapi sebenarnya adalah maruah cendekiawan dan ilmuan Melayu.
Ini yang saya protes!
Sdr Saiee,
PTS pun ada beberapa judul yang tidak bergerak laju. Banyak cara dapat dilakukan bagi ‘melajukan’ pergerakan buku seperti itu tanpa melelongnya sampai RM1.00. (Malah banyak judul yang dilelong oleh DAWAMA pada harga RM0.50sen) Sudah saya terangkan dalam entri lebih awal pelbagai perkara yang dapat dilakukan.
Puan Ainon,
Dari segi kebijakan DAWAMA itu, saya juga turut protes sama. Ia bukan saja tidak “mesra-akal bisnes”, malah tidak mesra-intelektualis , mesra IT dan kemuncaknya tidak berperilemanusiaan.
Tuan Rastom,
Buku-buku DBP yang ditulis oleh pensyarah universiti boleh dijual dengan harga runtuh di kampus2 universiti dan maktab perguruan dan yang seumpama dengannya, sebab dalam buku-buku itu banyak maklumat masih relevan, dan studen dapat baca.
Jual buku itu kepada pembeli pukal. Pembeli itu nanti yang akan buat pameran bergerak dari kampus ke kampus.
Buku-buku cerita kanak-kanak, sastera remaja dan bacaan umum untuk dewasa, jual harga runtuh di Pesta Buku Antarabangsa KL. Sewa ruang besar dan promosikan habis-habisan.
DAWAMA boleh buat pesta buku Mini di Centre Court Alamanda, dan yang sejenama dengannya, dan jual dengan harga runtuh. Di tempat seperti Alamanda, harga buku dapat diturunkan dengan lebih munasabah sebab mereka yang datang ke situ adalah masyarakat middle-class. Pilih judul-judul yang sesuai dengan pengunjung pesta buku.
Tempat menjual ada kaitan dengan maruah barang2 yang dijual. Christie pun jual lelong juga, tetapi tempat lelong itu tempat yang elok. Makin elok tempat itu, makin terjaga maruah barang yang dilelong. Janganlah lelong buku di gudang, macam lelong barang reject!
Hendak idea lagi? Belajar Lateral Thinking!
Saya merasa sungguh kecewa dengan tindakan Dawama. Sekian lama saya mencari karya-karya Tuan Affandi Hassan (bagi menggantikan koleksi saya yang sudah terbakar) di kedai-kedai buku, rupa-rupanya kini dilelong! Saya yakin masih ramai yang mencari karya-karya mereka pada harga yang sepatutnya.
Saya minta maaflah, kalau apa yg saya tulis sebelum ini menganggu perasaan sesiapa. Memanglah dunia sekarang kita amat memerlukan duit. Tetapi dengan keadaan pemikiran budaya masyarakat kita hari ini, dan ditambah pula dengan sikap pengedar spt DAWAMA, ini lah yang membuatkan ramai yang berfikir, tak boleh cari makan dengan menulis buku. Ini sedikit sebanyak akan melunturkan semangat penulis yang baru berjinak-jinak di dalam bidang ini. Dan oleh kerana kehidupan sekarang memerlukan duit, maka penulis - penulis ini terpaksa mencari kerja lain yang tetap yang boleh menjamin masa depan. Kerana pasti ramai yang berfikir, dengan hanya menulis buku, belum tentu dapat menjamin masa hadapan.
Yang pentingnya sekarang, apakah kita mempunyai KUASA untuk merubah suasana sekarang ? Kita ada banyak persatuan penulis, persatuan sastera dan sebagainya. Saya rasa, perkara sebeginilah, persatuan seharusnya mengambil tahu dan mengambil segala tindakan yang perlu ! Saya teringat kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah, ‘orang yang cemerlang akan mengubah suasana, tetapi bagi orang yang tidak cemerlang akan diubah oleh suasana.’
Sebagai contoh, UniversitiPTS sendiri, mempunyai ramai ‘ahli’ yang pada pendapat saya mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dalam membincangkan isu-isu semasa di dalam dunia penulisan. Mungkin dengan sedikit bantuan dari Puan Ainon, dan orang-orang kuat di UPTS, serta ahli yang ramai ini, akan dapat mengubah suasana ini, dalam menjamin masa depan penulis yang lebih baik ?
Saya hanya beri pandangan saya sahaja
Puan Sifu,
Saya baru sahaja membeli 20 buah buku (kebanyakan bermuka surat tebal) hanya dengan harga RM70 ringgit. Nawaitu saya hanya untuk menambahkan bacaan dan pemahaman sebelum menulis material yang saya inginkan.
Risau juga saya jika tidak ada keberkatan ‘kehalalan’ penulisan saya mungkin diragui.
Sdr Faizal,
Untuk makluman sdr, kilang itu akan digunakan sebagai depot buku-buku PTS, bukan untuk operasi percetakan. Pada masa ini ada 6 syarikat pencetak yang mengambil kontrak mencetak buku-buku PTS setiap bulan.
Strategi PTS adalah menjadi penerbit buku dan lebih banyak buku.
...dan saya akan berusaha menulis lebih banyak buku!!!
TIP : perisian To Do List oleh AbstractSpoon bukan sahaja percuma tetapi hebat dan boleh dilaksanakan dari thumb drive (kepada peminat perisian mudah alih)
Post a comment