“Proving the Other Guy is Wrong”
Edward de Bono menulis dalam bukunya bahawa sistem pendidikan universiti aliran Barat melatih pelajar-pelajarnya yang otaknya bergeliga dengan suatu kemahiran yang sangat merugikan, yaitu kemahiran pandai berfikir dengan tujuan mahu membuktikan orang lain salah.
Banyak buku yang ditulis oleh bekas-bekas pelajar bergeliga itu mempunyai matlamat mahu membuktikan idea-idea orang lain salah, maka banyaklah hujah dikemukakan bagi mencapai tujuan itu.
Apabila kita menulis buku, tujuan kita adalah memandaikan pembaca, bukan membuktikan orang lain salah.
Sifat pandai berhujah dengan tujuan membuktikan orang lain salah bukanlah cara berfikir yang diamalkan oleh Nabi Muhammad (salam dan selawat buat beliau, anggota keluarga beliau dan sahabat-sahabat beliau).
Tanpa membuktikan sesiapa salah, Nabi Muhammad terus sahaja menerangkan apa yang betul.
Inilah yang kita mahukan dalam buku-buku PTS. Terangkan sahaja apa yang betul.
Tidak ada orang yang gembira apabila idea-ideanya dibuktikan salah. Tidak ada orang yang suka berkawan dengan orang yang pandai membuktikan bahawa idea-ideanya salah.
Nabi Muhammad berdakwah kepada orang-orang Kristian dan Yahudi, dan berjaya meyakinkan paderi-paderi mereka, sehingga mereka menerima Islam.
Tradisi pandai berfikir dengan tujuan membuktikan orang lain salah adalah ciptaan Socrates, Plato dan Aristotle. Merekalah juga yang mencipta tradisi berfikir dengan cara berbahas.
Dalam tradisi bahas, ada 2 pihak, masing-masing berfikir bagi membuktikan satu sama lain salah.
Nabi Muhammad tidak pernah mengadakan majlis ataupun peraduan bahas.
Apabila Nabi Muhammad hendak membuktikan Islam adalah agama yang betul, beliau hanya membuktikan bahawa Islam itu betul. Islam itu betul. Islam itu betul.
Beliau tidak berdakwah kepada orang Kristian dan Yahudi dengan mengemukakan bukti-bukti bahawa agama mereka salah. Itu adalah fungsi Quran.
Kita tidak dapat membuka hati orang Kristian dan Yahudi supaya mahu membaca kitab Quran dengan membuktikan macam-macam yang salah tentang kitab-kitab mereka....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Puan,
Satu lagi sifat yang buruk: “telling the other person he/she is wrong”. Saya amat pandai melakukan perkara itu dan susah sekali menahan diri melakukannya. Apa cara untuk menghilangkan tabiat itu, Puan?
Terima kasih didahulukan.
Siti Hajar
Cik Siti (intan payung),
Barangkali sebab Cik Siti amat pandai membuktikan pendapat orang lain salah, maka itulah Cik Siti pernah berkata dalam bengkel bahawa Cik Siti tidak seronok bekerja dengan orang. Jangan-jangan orang pun tidak seronok bekerja dengan Cik Siti.
Hehehe!
Bagaimana hendak mengatasinya? Ikut nasihat Prof. Dr. Muhd. Kamil, iaitu berdoa, berdoa, berdoa (minta Allah kuncikan mulut apabila terasa macam hendak mula membuktikan pendapat orang lain salah)!
Assalamualaikum,
Saya pernah terbaca bahawa:
-Nabi Muhammad sendiri tidak menggalakkan perdebatan kerana natijah perdebatan selalunya bermatlamatkan untuk mencari kemenangan, bukannya kebenaran.
-Nabi juga mengatakan bahawa sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya samaada dengan tangan, dengan lidah atau dengan hati. Yang demikian itu (dengan hati) adalah tahap iman yang paling lemah.
-Manakala Saidatina Aisyah pula pernah mengatakan bila seseorang merasakan dirinya baik, pada waktu itu dia bukanlah orang yang baik, manakala bila dia merasakan dirinya tidak baik, maka pada waktu itu dia adalah orang yang baik.
Salam Puan,
Terima kasih atas nasihat Puan. InsyaAllah saya akan buat seperti yang Prof. Kamil sarankan.
Siti Hajar
Salam Bonda Sifuku,
Sayu bercampur seronok pula membaca entri ini, lebih-lebih lagi apabila mengetahui Nabi hanya berdakwah Islam itu betul tanpa mengusik kesalahan agama lain. Saya setuju benar, kita sepenuhnya boleh mengubah seseorang dengan menunjukkan kebenaran tanpa mengungkit kesalahannya. Yang salah akan diketahuan sendiri apabila yang benar ditunjukkan.
Terima kasih atas entri yang cukup memberi kesan buat saya ini.
Post a comment