PTS adalah Agen Pemerdagangan Buku-buku Terbitannya
Empat buah novel dalam siri Sejarah Islam karya Abd. Latip Talib sudah dilesen oleh Jakarta bagi diterbitkan semula di negara itu.
Usaha mempromosi novel-novel itu dilakukan oleh pihak PTS yang memperkenalkan novel-novel tersebut kepada beberapa penerbit Indonesia yang kredibel dengan tujuan supaya mereka berminat melesennya.
Bagi saudara yang menerbitkan karya saudara dengan PTS, apabila saudara menandatangani dokumen perjanjian penerbitan PTS, bermakna saudara telah melantik PTS sebagai agen pemerdagangan karya saudara itu.
Apakah maksud ayat di atas?
Ayat di atas bermakna PTS bertanggungjawab:
(1) Mencarikan peluang karya saudara diterbitkan oleh penerbit di luar negara dalam bentuk terjemahan dalam bahasa-bahasa lain. Sebagai contoh, PTS berhak melesenkan karya saudara kepada penerbit di Jakarta, Bangkok, Manila ataupun di mana-mana negara.
(2) Mencarikan peluang karya saudara diterbitkan semula dan diedarkan oleh penerbit media selain buku. Sebagai contoh, PTS berhak melesenkan karya saudara supaya diterbitkan oleh penerbit filem, drama TV, animasi CD, kaset, e-book, buku 'downloadable' ke komputer, buku konten-mobile, dan yang seperti itu.
(3) Mencarikan peluang karya saudara diterbitkan semula dan diedarkan oleh penerbit lain dalam bentuk buku grafik ataupun strip komik dan lain-lain.
(4) Mencarikan peluang watak-watak dalam karya saudara dilesen oleh pengeluar barang-barang merchandise. Sebagai contoh watak "Adam" dalam siri ADAM KECIL mungkin dilesenkan kepada pengeluar pakaian kanak-kanak di mana karekter Adam dijadikan hiasan T-shirt kanak-kanak lelaki.
Nota Penting: Ini bermakna, jika ada mana-mana pihak datang menemui penulis PTS dengan hasrat mahu menggunakan karya saudara bagi tujuan pemerdagangan, penulis-penulis PTS tidak boleh memberikan izin kepada pihak itu. Saudara hendaklah memberitahukan perkara itu kepada editor saudara di PTS, dan PTS akan merundingkan perkara tersebut dengan pihak berkaitan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Em buku tentang Khalid dah ada wajah baru. tahniah! Adam pun insha-Allah bakal menyaingi shin chan. watak yang real dan ada nilai-nilai Malaysia yang majmuk.
Post a comment