Thursday, October 01, 2009

PTS adalah ‘Penerbit Kuih Tempah’

PTS adalah penerbit yang amat komersial sifatnya.

PTS melakukan kajian pasaran terlebih dahulu sebelum memasuki mana-mana sektor produk. Selepas kajian pasaran dilakukan barulah PTS membina judul-judul yang dimahukan oleh pasaran sahaja. PTS tidak berani menerbitkan buku yang dikhuatiri sukar dijual melalui kedai-kedai buku komersial.

Inilah rahsia (yang bukan lagi rahsia) bagaimana PTS berjaya menerbitkan buku-buku yang digemari oleh pekedai buku. Dalam erti kata yang mudah, PTS adalah sebuah “penerbit kuih tempah".

Isi kandungan buku-buku terbitan PTS adalah diluluskan oleh editor sebelum beliau memberikan lampu hijau kepada pengarang supaya mula menuliskan buku itu.

Pengarang dikehendaki supaya menghantar dahulu sinopsis buku, baik fiksyen mahupun bukan-fiksyen kepada editor bagi dibaca dan dinilai apakah buku itu dapat dijual dengan baik.

Itulah sebabnya tuan dan puan perlu menghadiri kursus-kursus PTS, sebab dalam kursus-kursus itu nanti akan diberitahu buku-buku yang bagaimana yang PTS mahukan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kepada Yang Berminat Menjadi Editor Freelance di PTS Previous entry: Notis! Contoh Format Menulis Sinopsis
Mohd Nadzrin Wahab  on  10/18  at  09:44 AM

Salam UNIKA,

Ada juga antara manusia yang menganggap PTS sebagai penerbit buku-buku pop, tiada kredibiliti dari segi sastera dan mementingkan keuntungan atas kesenian. Pendek kata, PTS sudah ‘sell out’.

Label inilah yang dilemparkan budak-budak ‘underground music’ kepada Butterfingers apabila kumpulan itu melangkah ke aliran perdana dan menerbitkan album mereka secara pop. Malangnya, kumpulan sebegini dianggap kini ditelan sistem kapitalis aniaya yang dibenci selama ini (ada yang ikut-ikutan sahaja).

Bagi mereka yang melabel PTS sebegini (tepuk dada, kenal sendiri siapa yang saya maksudkan), saya lebih suka menganggap PTS sebagai Raihan. Raihan tidak lagi mengikut stereotaip Nasyid zaman 80-an yang menggamit kesedihan tetapi menjana perubahan yang akhirnya memberi keyakinan kepada kumpulan nasyid lain untuk mengubah penampilan seni mereka.

Apakah mereka menjual diri? Tidak mereka masih teguh dengan prinsip masing-masing, sepertimana PTS. Tetapi mereka berjaya menjalin hubungan dengan pengguna sasaran menggunakan bahasa dan menerusi tahap pemikiran mereka sendiri.

Buku kira-kira PTS (di tangan Cik Faraliza) bukan sebagai bukti kekayaan mereka, tetapi adalah bukti bahawa dakwah mampu dijalankan secara teratur dan berkembang. Bukan maju selangkah ke depan dan usai saja, undur selangkah ke belakang.

Bak kata guruku, Ustaz Ahmad Che Din, “Berkorbanlah, tetapi jangan dengan kita-kita terkorban sekali”.

Kerana jika PTS tumbang, apakah ada lagi penerbit yang menggalas tanggungjawab yang sama dengan kebijaksanaan yang diperlukan? Mungkin ada, tetapi sayang sekali jika dari dua tinggal satu.

Salam Syawal dari saya.

Sifu  on  10/18  at  11:02 AM

Tuan Nazrin,

Kalau saya ulas isu ‘sell-out’ yang tuan sebut itu… nanti ada yang bertambah marah-marah kepada PTS, katanya PTS tidak ikhlas memperjuangkan sastera.

Saya setuju dengan pesan Ustaz Ahmad Che Din kepada tuan itu. Setuju benar!

Barangkali elok juga saya tulis entri berkenaan tuduhan bahawa PTS sudah menjual perjuangannya kepada kepentingan perniagaan.

Dari satu segi… baguslah mereka marah-marah kepada PTS. Itu tandanya mereka amat memerhatikan tindak-tanduk PTS. Itu tandanya mereka mempunyai pengharapan tinggi terhadap PTS. Jarang sekali orang ramai amat prihatin tentang tingkah laku penerbit swasta. Ini membuktikan PTS amat dekat dihati mereka yang marah-marah itu.

Maka saya fikir, elok saya terangkan apakah strategi bisnes PTS supaya para penyokong dan pendukung PTS sama-sama dapat berganding bahu berjuang dalam satu saf yang sehati dan seperjuangan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/22  at  11:55 AM

Assalamu’alaykum,

Sifu yang dikasihi Allah,

Tulis sifu.  Tulis. Boleh kami memerhati sambil belajar dengan Sifu yang lebih dulu makan garam.  Saya dilahirkan pada tahun Sifu mula berkerja.


Segala ilmu yang dicurahkan, hanya Allah yang layak membalasnya.

Wassalam.

ridwanto  on  05/14  at  09:03 AM

Salam,
Wah, kue tempah ini sudah memasuki pasaran antarabangsa…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/14  at  02:52 PM

Salam… dan yang semakna dengannya.

Teringat hujah Dato’ Seri Haji Hadi Presiden Pas dalam Parlimen…  Islam tiada pengasingan, politik tidak dipisahkan dengan Islam, dan begitu juga perniagaan.
Ibarat pokok yang berbuah… walaupun dibaling dengan batu ataupun kayu, pohon akan menjatuhkan buahnya yang enak dimakan oleh pembaling.

Memandaikan bangsa bukan bermaksud berdakwah secara terang-terangan namun berdakwah secara halus lebih berkesan menusuk jiwa. Tidak ada gunanya memaksa insan iu untuk menerima apa yang tidak boleh mereka terima namun halusi hati mereka supaya lebih mudah untuk mereka menerima.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/29  at  01:26 AM

Assalamualaikum.

Tidak pernah terlintas untuk melihat kuih tempatan berjenama PTS berada di atas susunan yang setara dengan kuih dari luar negara. Bukan sahaja di Malaysia, malahan sekarang juga kuih ini boleh didapati di gedung-gedung serta gerai-gerai jualan di negara seperti Brunei dan juga Singapura.

Apa yang lebih membanggakan adalah keghairahan pengusaha-pengusaha berbangsa Cina untuk mendapatkan kuih-kuih ini untuk diletakkan di dalam premis mereka.

Walaupun kadang kala sebutan kuih ini pun salah sebutannya, namun, kuih jenama PTS ini sudah melekat di hati mereka. Lupakan dim sum, lupakan apple pie, yang penting kuih PTS harus berada di kedai sentiasa.

MBA  on  07/29  at  03:00 PM

Salam;

Puan Sifu-san yang dimuliakan. Semoga sejahtera selalu.

Saya sekadar inginkan kepasrian, bagaimanakah caranya bakal penulis ingin mendapat tempahan daripada PTS?. Siapa yang memberi tempahan dan bagaimana bentuk tempahan yang dimaksudkan.

Saya pernah temui pembeli buku saya yang menunjukkan surat tempahan daripada PTS supaya beliau menulis buku. Surat ini lengkap dengan tajuk dan persen-persen royaltinya sekali.

Sehingga kini sudah dua buah buku saya diterbitkan oleh PTS. Saya beranggapan ia adalah ditempah, cuma ia ditempah secara mulut sahaja tanpa surat tempahan.

Sehubungan dengan itu, apabila editor perolehan membuat ‘tempahan’ lagi, sayapun bersetuju dan terus menulis. Malangnya manuskrip tersebut tidak diterbitkan (walaupun sudah ditempah). Sudah dua manuskrip yang mengalami nasib yang sama.

Setelah Puan Sifu sendiri meminta saya menulis buku (tajuk dirahsiakan), saya menganggap ia adalah sebagai tempahan. Saya tukang masak kuih amatur, tempahan tidak perlukan surat atau borang. Saya hubungi editor dan hantar proposal. Kemudian saya tulis buku hingga selesai. Saya hubungi lagi editor dan didapati proposal “belum” diluluskan (barangkali editor segan untuk memberitahu saya bahawa proposal tidak diluluskan).

Inilah nasib tukang masak, sudahlah amatur, sambilan pula menunggu kuihnya ditempah PTS. Maklum sahajalah, tukang masak amatur kuihnya cepat basi jika tidak diterbitkan. Manuskrip yang terdahulu sudah basi, yang terkini akan menunggu masa untuk basi juga nampak gayanya.

Justeru itu mohon kiranya Puan Sifu san jelaskan bagaimanakah rupanya “tempahan” yang boleh diterima pakai.

Sekian terima kasih dan mohon maaf atas kekasaran bahasa.
Wassalam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: