Sunday, September 05, 2010

Dasar Hijau: PTS akan Beralih kepada Kertas Bersijil FSC

PTS adalah sebuah syarikat yang menyokong Dasar Hijau. Sebagai contoh, sejak penubuhannya pada tahun 2000, buku-buku PTS dihantar menggunakan kotak-kotak terpakai, bagi membantu usaha mengurangkan penebangan pokok.

Langkah seterusnya adalah di mana buku-buku PTS akan dicetak dengan hanya menggunakan kertas yang dikeluarkan oleh pekilang yang mempunyai sijil dari FSC (Forest Stewardship Council). Kertas FSC adalah kertas yang diperbuat daripada pokok-pokok hutan yang sustainabel, yakni hutan pokok kertas yang sentiasa ditanam semula.

Menurut Tn. Arief Rahmad, pengarah urusan kumpulan PTS, beliau sudah mengenal pasti pengimport dan pembekal kertas yang disijilkan oleh FSC. Pada masa ini belum ada mana-mana penerbit buku yang mencetak dengan kertas FSC, oleh itu PTS akan menjadi penerbit pertama melakukan ini.

Menurut Tn. Arief, dijangka PTS akan dapat mula menggunakan kertas FSC pada tahun 2011.

Nota: Ada 3 pencetak Malaysia yang menggunakan kertas FSC, dan ketiga-tiga pencetak itu mencetak buku-buku untuk penerbit luar negara. Selain itu, ada sebuah bank yang hanya menggunakan kertas FSC sahaja untuk semua kertas yang digunakannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akhbar-Akhbar yang Edarannya Jatuh dalam Tempoh 2006 - 2009 Previous entry: Tip Survival Penerbit: Bila Buku Patut Diulangcetak
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/05  at  08:19 PM

Puan,

Alternatif lain yang boleh dipertimbangkan ialah pengilang yang memiliki sijil PEFC.

http://www.pefc.org/

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: