PTS akan Lebih Agresif Membesarkan Pasaran Komik-M
Pengarah eksekutif PTS, Tn. Arief Rahmad, sekali lagi menegaskan bahawa beliau komited mahu melihat saiz pasaran Komik-M berkembang besar.
Langkah pertama ke arah itu adalah dengan menambah jumlah editor komik yang ada.
Menurut beliau, PTS akan melaburkan lebih banyak bajet bagi membolehkan unit Komik-M meningkatkan jumlah judul yang diterbitkan setiap bulan. Kata beliau, "Pada tahun 2011 unit Komik-M akan dinaikkan taraf menjadi syarikat sendirian berhad."
Seiring dengan peningkatan pelaburan PTS dalam sektor komik, beliau mahu supaya para pekomik yang berkarya dengan PTS menyelaraskan strategi kerja mereka supaya mereka dapat hidup selesa daripada hasil royalti dan honorarium karya yang mereka hasilkan.
Katanya, "Para pekomik perlu memahami aspek bisnes dalam dunia penerbitan komik supaya mereka dapat menghasilkan karya yang dapat dijual berpuluh-puluh ribu naskhah. Mereka perlu bekerja seperti Chef Hanieliza, yang walaupun buku-buku resipinya lebih murah daripada harga Komik-M, tetapi pendapatan chef itu amat besar...."
Salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh para pekomik adalah bekerjasama dengan editor semasa merancang komik bagaimana yang mereka mahu hasilkan. Berbincanglah dengan editor sebelum mula melukis.
Editor-editor PTS mempunyai KPI (key performance index) yang wajib mereka capai bagi mendapatkan bonus galakan prestasi tinggi yang disediakan oleh pengurusan. Justeru mereka sangat mementingkan aspek potensi komersial komik-komik yang mereka terbitkan. Akibatnya, editor hanya mahukan komik-komik yang mereka yakin dapat dijual dengan baik dan evergreen dalam pasaran.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Sangat menggiurkan. Malangnya, saya sudah tidak punya masa melukis. Keinginan itu ada, ruang tidak ada.
betul tuh..tetapi bekarya komik tidak sama seperti bekarya buku resepi yg gerentu beratus ribu makcik wanita pelajar yg ingin mencuba memasak sesuatu yg baru..
komik tempatan pula masih jauh ketinggalan pasarannya..untuk menghasilkan satu juadah komik utk budak budak remaja dan dewasa kerana mindset pembaca komik lebih cenderung ke sajian komik luar seperti manga anime dan games…
tidak sama pasaran komik kalau nak di bandingkan dengan pasaran novel mahupun buku resipi makanan….. See More
pasaran komik tempatan masih daif dan ketinggalan.
banyak inisiatif perlu di lakukan bagi melambakkan komik tempatan di pasaran dan mengambil perhatian masyarakat terhadap komik..
dan juga menarik perhatian peminat komik luar seperti peminat manga, komik hong kong dan komik Amerika/Eropah terhadap komik tempatan.
dan para Penggiat KOmik (PeKOMIK) perlu menghasilkan komik yang bermutu bertaraf antarabangsa juga.
mari kita bersama-sama membangunkan persada komik tempatan.
Sokonglah Komik Tempatan!
Post a comment