PTS akan Melancarkan Kempen Membaca Tema “Back To School” Pada Hujung Tahun 2010
Hujung tahun adalah musim menuai bagi penerbit dan pekedai buku. Ini kerana hujung tahun adalah musim festif. Sepanjang musim festif orang ramai mempunyai mood yang tinggi bagi aktiviti membeli-belah.
Jabatan editorial PTS saat ini sibuk dengan jadual penerbitan judul-judul baru yang akan dipromosi selama musim festif nanti.
Puan Nor Hazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan marketing PTS, memberitahu sebanyak 100 judul baru akan diterbitkan khusus bagi promosi itu.
Bermula pada bulan November 2010 akan datang ini, jabatan marketing PTS akan melancarkan kempen membaca secara besar-besaran sempena musim cuti sekolah dan musim festif hujung tahun. Kempen itu akan berterusan sehingga bulan Desember.
Kempen begini pertama buat kali dilancarkan pada tahun lalu, 2009, dan hasilnya jelas positif, di mana kempen itu berjaya meningkatkan jualan buku-buku PTS, terutama buku-buku bacaan untuk kanak-kanak dan remaja.
Menurut Puan Norhazizam bajet bagi kempen "Saya Mahu Hadiah PTS 2010" tahun ini adalah RM250 ribu.
Target kempen ini adalah bagi menghasilkan jualan tambahan minimum RM2 juta.
Selepas cuti Hari Raya nanti, pasukan eksekutif sales PTS akan turun padang bagi memujuk supaya lebih banyak lagi kedai-kedai buku indie di seluruh negara ikut mempromosi kempen ini kepada pelanggan-pelanggan mereka.
Kejayaan kempen Baca@Ramadan meningkatkan jualan buku di kedai-kedai buku indie di seluruh negara akan mendorong lebih banyak kedai buku ikut serta mempromosi kempen membaca bulan Desember nanti.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment