Saturday, July 18, 2009

PTS akan Membeli Bangunan Lagi

Lembaga Pengarah PTS bersetuju supaya PTS membeli sebuah lagi pintu kilang berderet bagi membesarkan ruang setornya, sebagai persiapan 450 jumlah judul baru yang akan dicetak pada tahun 2010.

Kali ini kilang yang yang dibeli itu berharga RM1. 7 juta, dan ia terletak di sebelah dinding kiri bangunan yang sedia ada.

Dengan pembelian ini maka PTS mempunyai 4 pintu kilang berderet di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur, dengan nilai semasa RM6.7 juta.

Selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, semua staf editorial PTS yang kini masih menyewa di Wangsa Melawati akan dapat berpindah ke ibu pejabat PTS di Batu Caves. Adalah dianggarkan pada hujung tahun 2009, jumlah staf PTS akan mencapai 100 orang.

Manakala, dari sudut jumlah judul yang terbitkan, pada hujung 2009, jumlah semua judul yang diterbitkan akan mencapai 2000 tajuk, dan ini memerlukan ruang setor yang lebih besar. 

Tambahan pula, dengan tertubuhnya Akademi Latihan Penerbitan PTS yang kini diketuai oleh Puan Nurulhilyati Abd. Halim, ruang juga diperlukan bagi bilik-bilik latihan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pengarang PTS Perlu Menentukan 'positioning' bagi Membantu Jabatan Marketing Mempromosi Mereka Previous entry: Tip Menjalin Hubungan Positif dengan Media dari Tuan Roslan Isa (Eksekutif Media PTS)
Syafiq Zulakifli  on  07/21  at  10:48 PM

Puan Ainon yang dihormati,

Apa rahsia PTS sehingga ‘terlalu laju’ mencapai kemajuan yang dikecapi pada hari ini?

Alhamdulillah. Saya turut berbangga kerana ada syarikat anak Melayu yang terus membela seni penerbitan pada hari ini.

Kami di Mesir sentiasa mendoakan.

Wassalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: