PTS akan Membuka Pasaran Genre Sastera Kepahlawanan
Sastera kepahlawanan mempunyai peminatnya sendiri. Ini pasaran Laut Biru yang belum diteroka dengan berkesan oleh mana-mana penerbit.
Pada masa ini para peminat sastera pahlawan membaca komik-komik Cina yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Komik-komik Cina itu adalah berdasarkan hikayat-hikayat kepahlawanan Cina yang sangat terkenal.
PTS sudah menerbitkan beberapa judul dalam kategori ini, tetapi tidak konsisten. Baru sekarang PTS FORTUNA mempunyai komitmen akan menerokai pasaran ini dengan serius dan berterusan.
Editor yang menggalas tanggungjawab meneroka penerbitan genre ini adalah Tn. Muhamad. Zaki Zainol @ Kangaq.
PTS FORTUNA akan mengadakan sesi perjumpaan dan taklimat kepada tuan dan puan yang berminat menerbitkan karya genre ini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Satu langkah yang sangat bagus dan harus dipuji kerana sastera kepahlawanan sememangnya punya aura dan kelompok tersendiri. Malah, Saga Artakusiad, Pahlawan Adamus, Trilogi Kembara Lang Surya, Trilogi Takluk Jagat keluaran PTS (sekadar menamakan sebahagian daripadanya) punyai kekuatan masing-masing dalam sastera kepahlawanan. Keep up the good work PTS! Mungkin selepas ni boleh fokus sastera sci-fi (atau apa-apa nama yang difikirkan sesuai) untuk mengkategorikan novel-novel bercirikan futuristik dan angkasa lepas kerana sastera sedemikian juga ada peminatnya. Dua genre yang memang sangat saya minati
Post a comment