PTS akan Menerbitkan Quran dalam Bahasa Khmer
Tuan Faris Hasbullah, pengurus PTS Darul Furqan Sdn. Bhd. memberitahu anak syarikat itu akan menerbitkan Quran edisi terjemahan dalam bahasa Khmer di Kampuchea pada tahun 2011.
PTS Darul Furqan membiayai sepenuhnya projek Quran itu yang dijalankan dengan kerjasama Pejabat Mufti Kampuchea.
Pihak Pejabat Mufti Kampuchea membantu mendapatkan penterjemahnya serta menyemak kualiti terjemahan itu, manakala PTS sebagai penerbitnya akan membiayai kos percetakannya yang juga akan dibuat di negara itu.
Buku itu akan diedarkan secara percuma di Kampuchea.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Buku itu diedarkan secara percuma? Bagaimana caranya untuk saya menyumbang saham kebajikan ini?
ALhamdulillah…...........
semoga Allah memberi pahala berkekalan kepada semua terlibat.
Post a comment