PTS akan Meneroka Laut Biru Pasaran Cina

Foto di atas menunjukkan seorang eksekutif marketing sebuah akhbar Cina sedang menerangkan kepada Pn. Nor Hazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan marketing PTS, tentang kelebihan-kelebihan jika PTS membeli ruang iklan di akhbarnya.
Ruang iklan dalam akhbar Cina adalah sangat mahal disebabkan edaran akhbar Cina jauh lebih besar daripada edaran akhbar Melayu ataupun akhbar Inggeris. Sebagai contoh, ruang iklan satu muka penuh bernilai sekitar RM50 ribu sekali cetak.
Buku-buku PTS ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) oleh itu ia sangat sesuai dibaca oleh pelajar-pelajar Cina bagi memudahkan mereka menguasai subjek Bahasa Melayu di sekolah.
PTS mempunyai lebih 200 judul buku yang sesuai dipasarkan kepada pelajar-pelajar Cina, tetapi ibu bapa tidak tahu. Justeru maklumat itu perlu disampaikan kepada mereka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment