PTS akan Mengeluarkan Barangan Merchandise Sendiri
Puan Norhazizam Abdul Rahman, Pengurus Jabatan Marketing PTS, memberitahu bahawa jabatan beliau akan mengeluarkan sendiri beberapa jenis item merchandising. Sebagai langkah pertama beliau sudah menjalankan survey jenis-jenis mesin dan peralatan produksi yang perlu dibeli.
Yang sudah pasti, item yang mula-mula akan dikeluarkan adalah pelbagai T-shirt.
Beliau memberitahu, pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PABKL 2010) nanti, sebanyak 50 jenis item merchandising akan dikeluarkan. Kebanyakan daripada item itu adalah untuk dijual kepada peminat buku-buku PTS.
Puan Norhazizam juga memberitahu beliau akan membuka 1 booth yang khusus menjual barangan merchandising PTS. Kebanyakan daripada barangan itu ditargetkan kepada peminat buku-buku remaja terbitan PTS ONE Sdn. Bhd. kerana kelompok remaja paling meminati barangan seperti itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Semoga makin maju, makmur dan subur rezeki semua yang terlibat dengan PTS.
Buat Tali Pinggang PTS la
Tali pinggang saya dah rosak.
Strategi yang bagus bagi membina brand dan loyalty, insyaAllah.
Salam…
Tahniah ..satu langkah yang baik. Didalam masa sekarang ramai para pengeluar barangan atau buku memberi cenderahati berbentuk pen, tempat kad perniagaan , lencana dan pelbagai lagi
Cara yang paling mudah diambil adalah import barang dari China (murah) dan cetak (print) kat Malaysia jadi hak mereka. Tetapi ini akan mengakibatkan :-
1. Bentuk yang serupa dengan syarikat lain , cetakan (printing) saja yang lain.Tidak ada identiti.
2. Pengaliran wang keluar (beli kat negara China)
3. Rekabentuk yang kurang menarik.
Jadi cadangan saya ,:-
1.Gunakan IKS yang ada , atau IKS sambilan (macam saya) dimana tiada mesin tetapi ada kepakaran serta sumber untuk membuat benda-benda tersebut. Promote IKS yang kebanyakan kaum kita. Jika kita gunak syarikat besar , mereka melihat permintaan kita kecil (order) maka kita jadi nombor akhir tetapi untuk IKS , ia menjadi satu nilai yang besar maka kita menjadi keutamaan.
2.Gunakan pelajar dari IPTA atau IPTS atau kolej swasta yang mengambil jurusan rekabentuk produk sebagai jurubentuk (designer)
3.Gunakan identiti PTS sendiri , ini boleh dibincangkan dengan mereka supaya idea tersebut boleh dikomersialkan.
Boleh membantu sekiranya diperlukan.
Ikhlas dari
Jangkang
Post a comment