Sunday, July 26, 2009

PTS akan Mula Mengiklankan Buku-Bukunya dalam Akhbar Cina

Tn. Arief Rahmat, Presiden PTS, memberitahu bahawa mulai tahun 2010 PTS akan mula membeli ruang iklan dalam akhbar Cina bagi mempromosi buku-buku terbitan PTS.

Buku-buku yang dipilih adalah fiksyen kanak-kanak dan remaja PTS. Pilihan itu adalah berdasarkan kesesuaian kategori tersebut sebagai alat bantu pelajar-pelajar Cina memperbaiki prestasi peperiksaan mereka dalam subjek Bahasa Melayu.

Buku-buku PTS menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan mematuhi sistem ejaan dan tatabahasa yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

PTS ONE Sdn. Bhd. yang menerbitkan sastera remaja kini sedang menyediakan buku-buku fiksyen yang syariah-compliant, tetapi pada waktu yang sama ia tetap sesuai dipromosikan kepada kanak-kanak dan remaja Cina.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Terbaru dari PTS: Novel Sejarah "Mat Kilau" bagi Menyambut Bulan Merdeka Previous entry: Novel Dakwah yang Berlatar Belakang Cinta Remaja Kampung

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.