PTS Membuka Jabatan Latihan
Lembaga Pengarah PTS sudah bersetuju PTS baru membuka Jabatan Latihan bagi meningkatkan kualiti penerbitannya supaya sentiasa memenuhi harapan peminat buku Melayu.
Dalam fasa pertama operasinya, fungsi Jabatan Latihan PTS adalah melatih pegawai-pegawai PTS dalam semua bidang pengurusan syarikat, daripada aspek penerbitan, perkhidmatan pelanggan, sehinggalah aspek pengurusan setor.
Ini adalah foto Puan Nurulhilyati Abdul Halim yang dilantik sebagai Pengurus Jabatan Latihan PTS. Beliau memegang ijazah bidang matematik dari Universiti Sains Malaysia, dan merupakan antara generasi pertama Tim PTS.
Dalam perancangan jangka panjang, Jabatan Latihan PTS suatu hari nanti akan dijadikan anak syarikat dan membuka Akademi Penerbitan Malaysia. Matlamat akademi itu nanti adalah membekalkan tenaga kerja mahir dan mendorong kemunculan usahawan dalam industri penerbitan yang memiliki pengetahuan teknikal.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya nak tempah awal-awal menawarkan perkhidmatan bolehke? Hehehe…...Sayangnya saya bukan seorang yang mahir dan masih banyak perlu saya cari ilmu dan pengalaman. Alangkah bahagianya kalau dapat membantu…..........
Tahniah PTS.
Moga terus menerajui industri penerbitan buku Malaysia!
Selepas muncul Akademi Penerbitan Malaysia nanti maka akan muncul juga Universiti Penerbitan Malaysia @ Universiti PTS!
Tahniah PTS!
p.s: Bolehlah penulis-penulis PTS menjadi pensyarah kursus penulisan/penerbitan secara separuh masa…
syahrul nizam junaini
http://www.syahrulnizam.com
Alhamdulillah.
Bolehlah saya bantu mengadakan latihan untuk melakukan pemasaran di internet dengan lebih efesyen :D
Insya Allah, perancangan jangka panjang saya ialah untuk menjadi salah seorang usahawan itu.
Ini dikatakan cita-cita ke atau angan-angan mat jenin?
Fikir sekali dua, memang rasa berat mahu mencapainya.
Namun bila lihat nama saya ada yang sama dengan nama Puan, manalah tahu kot-kot berjangkit. Insya Allah.
Assalamulaikum,
Teruja mendengar PTS akan membuka satu pusat latihan. Saya ada pengalaman dalam latihan kerana pernah berkhidmatan dengan satu pusat latihan negeri (SHRDC) selama 5 tahun , boleh memberi idea atau sumbangan khidmat nasihat ajika perlu,
hubungi saya melalui email jika berminat.
wasalam
jangkang
Post a comment