Sunday, September 14, 2008

PTS dan Bank Islam Mungkin Bercerai dan Berkahwin dengan Bank Cina EONCAP ISLAMIC BANK BHD.

Sejak PTS ditubuhkan pada tahun 2000, Bank Islam Malaysialah yang mendukung PTS. Pengurus cawangan BIM Taman Melawati secara peribadi amat mengambil berat kemajuan dan keperluan kewangan PTS.

Pada zaman semasa tidak ada bank-bank lain yang menaruh kepercayaan kepada potensi bisnes PTS, BIMlah yang berani mengambil risiko dengan meluluskan permohonan PTS bagi mendapatkan fasiliti-bank. Fasiliti itu digunakan buat membayar bil-bil kilang percetakan yang mencetak buku-buku PTS.

Selama itu, dari masa ke masa BIM menaikkan nilai fasiliti yang diberikan kepada PTS, bermula dengan nilai RM150 ribu, lama-lama dinaikkan sehingga RM500 ribu.

Sejak 4 tahun yang lalu bisnes PTS berkembang amat pesat, selaras dengan perkembangan pasaran buku-buku Melayu. Tetapi dalam tempoh 4 tahun itu BIM sama sekali tidak lagi mahu memberi sebarang sokongan kepada PTS bagi mengembangkan lagi market-share-nya.

Talian hayat PTS digunting selepas berlakunya skandal RM700 juta, di mana individu peringkat pengurusan tinggi BIM sendiri terlibat, menyebabkan pemilikan BIM telah diambil alih oleh pelabur-pelabur Arab.

Pemilik BIM yang baru ini sekarang tidak berminat dengan pelanggan-pelanggan kecil seperti PTS. Ia hanya mahu membiayai projek-projek kerajaan yang besar-besar sahaja kerana projek-projek besar menghasilkan keuntungan besar bagi pelabur-pelabur Arab itu.

Dasar bisnes BIM yang tidak berminat membantu industri kecil dan sederhana (IKS) seperti PTS, menyebabkan PTS terpaksa mencari bank lain. Akibatnya, bagi membeli bangunan sendiri yang bernilai RM3.6 juta, PTS memohon dukungan Public Bank, sebuah bank Cina.

Bank Cina itu juga sudah menyatakan hasrat sanggup menawarkan kepada PTS fasiliti RM1 juta bagi menambah modal operasi PTS, supaya dengan itu PTS dapat menerbitkan lebih banyak judul setiap tahun. Ia hanya menunggu PTS memohon secara rasmi sahaja.

Pada 12 September lalu, dengan rasminya PTS telah menandatangani dokumen MOU dengan EONCAP ISLAMIC BANK BHD (sebuah bank Cina juga) bagi mendapatkan modal operasi RM1 juta. Syarat yang dikenakan adalah PTS bersetuju memindahkan semua akaun korporat PTS dari Bank Islam kepada EONCAP ISLAMIC BANK BHD.

Nampaknya, apabila MOU itu diluluskan oleh EONCAP ISLAMIC BANK BHD nanti, maka sampai di sinilah sahaja jodoh PTS dengan Bank Islam Malaysia (sambil Sifu menyapu air mata). Betul seperti kata orang, duit tidak kenal bangsa dan agama.

Sekali air bah, sekali pantai berubah.... 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sudah Terbit: RM5.90 sen Previous entry: Blog Pilihan Sifu: Sosialis Kanan
Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  09/14  at  10:22 AM

Assalamualaikum Sifu dan Selamat Berpuasa,

Saya sendiri mempunyai pengalaman yang sama 8 tahun yang lampau.  Tetapi dengan RHB.  Walaupun lebih 10 tahun menjadi pelanggan tetapnya dan semua urusan menggunakan akaun di situ tetapi mereka berat hati mahu memberikan pinjaman kepada MAP untuk membeli bangunannya sendiri.  Setelah beberapa kali berjumpa dengan pegawai dan Pengurus Cawangan akhirnya saya putus asa.

Setelah gagal, saya menelefon Public Bank (Bank Cina) dan bercakap dengan pegawai Bahagian Pinjamannya.  Keesokannya, pegawai tersebut (Cina) dengan Pengurus Cawangannya (juga Cina) telah sampai ke pejabat saya bagi melihat operasi dan latarbelakang saya.  Tiada sebarang akau yang disemak kerana ketika itu kami sedang buat promosi dan telefon tidak berhenti berdering-dering menerima panggilan dari ibu bapa yang mahu mendaftarkan anak-anak ke program Motivasi Alihan Pelajar.  Melihat kerancakan bisnes saya, Pengurus Kewangan itu terus meluluskan permohonan kami.

Malah rumah dan kodominium saya di Kuala Lumpur ini juga telah saya beli menggunakan cawangan PBB yang sama.  Saya hanya perlu menelefon mereka dan menyatakan hasrat membeli rumah dan mereka hanya minta laporan income tax tahunan terkini syarikat sahaja.  Tidak perlu susah-susah.

Kenapalah pegawai Islam kita dan bank Islam kita menjadikannya susah?  Bukankah Islam itu sepatutnya memudahkan.

Sekian.

.........................

Nota Sifu: YM Dr. Tengku Asmadi,

Public Bank Bhd. adalah bank yang paling pandai, dan paling berjaya, dalam selok-belok perbankan IKS. Bank-bank lain di negara kita ini tidak faham budaya dan cara kerja syarikat-syarikat IKS.

PPB adalah bank Cina totok. Mereka menilai risiko pinjaman menggunakan kriteria perniagaan IKS gaya-Cina.

Dalam kes PTS, pada suatu hari ada seorang Cina datang ke depot PTS yang terletak di zon industri Batu Caves. Dia tidak naik ke pejabat, sebaliknya dia menuju ke belakang, ke depan pintu setor PTS. Dia berdiri di situ sekitar 10 minit, memerhatikan aktiviti yang berlaku di dalam setor PTS. Tim Setor PTS menyangka lelaki Cina itu datang dari syarikat pencetak.

Selepas itu baru dia naik ke pejabat mahu berjumpa dengan ‘bos PTS’. Rupa-rupanya lelaki Cina itu adalah Pengurus Cawangan PBB.

Apa yang berlaku selepas itu sudah menjadi sejarah….

saiFz  on  09/14  at  11:33 AM

Salamz.

Ini bukan tentang Bank Islam, tapi tentang perbankan Islam. Baru-baru ini, saya ke sebuah bank (dulunya bank perwira) untuk membuka akaun syarikat dan menyatakan supaya dibuka akaun perbankan Islam. Sebelum bersetuju, pegawai bank bagi “warning” siap-siap katanya kalau perbankan Islam, kalau akaun “overdrawn”, bank tak akan jadi baik hati untuk call bagitahu kita walau satu sen jumlahnya. Kalau konvensional, bank boleh jadi baik hati untuk maklum kepada kita.

Ini mungkin sebab konsep perbankan Islam yang baik tapi bank risau ianya akan di manipulasi oleh pelanggan.

Shamsuddin Kadir  on  09/14  at  12:36 PM

Salam Puan Sifu,

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan…saya pasrah dengan jodoh ketentuan antara PTS dan Bank Islam. Semoga dalam tempoh Eddah akan berlaku keajaiban, Insyaa-Allah.

Saya mendoakan agar ‘perceraian’ ini mematangkan Bank berkenaan dan saya optimist bahawa kedua-dua organisasi ini akan bersatu semula di masa hadapan di atas satu titik persamaan.

Sama-samalah kita berusaha mempercepatkan pertemuan dua garisan yang bersilang ini.

Shamsuddin Kadir

Riduan Khairi  on  09/14  at  03:33 PM

Eloklah Pts memulakan urusan dengan bank yang akidahnya masih belum sama dengan kita. Pun begitu cara kerja mereka (pada saya) sudah menepati beberapa kriteria keadilan dalam Islam.

Mudah-mudahan dengan usaha ini, Allah beri hidayah kepada mereka untuk memilih Islam sebagai sebuah cara hidup.

Apabila orang-orang Cina di Malaysia berbondong-bondong memeluk Islam, ketika itu barulah orang Melayu garu kepala.

Amin Ahmad  on  09/15  at  12:06 AM

Sabarlah Puan,

InsyaAllah ada jalan dan sinar di depan.

embun  on  09/15  at  07:40 AM

Puan,

Saya turut berdukacita tetapi saya amat setuju dengan pendapat Tuan Shamsuddin Kadir dan Tuan Riduan Khairi.

p/s: Puan tidak ke Bank Rakyat?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: