PTS dan Tali Politik
PTS 'main kedai'. Itulah istilah orang bisnes. PTS tidak 'main politik'. Itulah istilah orang politik.
Jargon 'main kedai' bermakna mind-set Tim PTS adalah menerbitkan buku-buku yang laku dijual di dalam kedai-kedai buku. Itulah sebabnya Tim PTS berfikir kedai, kedai, kedai.
Buku PTS diterbitkan dengan isi kandungan dan rupa wajah yang kedai-kedai buku mahu ambil dan pamerkan dalam kedai. Mudah-mudahan pengunjung kedai mahu membeli buku-buku PTS yang dipamerkan.
Tujuh puluh lima peratus (75%) pendapatan PTS adalah daripada jualan buku dalam kedai-kedai buku, manakala 25% lagi adalah jualan kepada kontraktor-kontraktor buku yang dapat tender membekalkan buku kepada perpustakaan awam. Para kontraktor itu tidak dapat tidak ada 'main tali politik'.
Main kedai adalah cara kerja yang susah. Tetapi ia lebih selamat. Dengan mengamalkan dasar perniagaan main kedai, kita tidak risau siapa turun-naik dalam politik. Kita juga terlepas daripada mengamalkan perkara-perkara yang menyalahi etika bisnes orang Islam.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Orang Melayu kebanyakannya memang suka `bergayut` dengan orang politik terutama usahawan apatah lagi para kontrektor. Ia kelihatan `seolah-olah dididik` atau digalakkan oleh orang politik untuk kepentingan politik mereka terutamanya orang kampung.
Kalau puan boleh menjauhkan diri dan tidak juga `mengusik mereka` rasanya puan boleh boleh maju apatah lagi puan mempunyai reputasi yuang baik di mata penulis, pembaca serta pelanggan.
Bagaimanapun, apa saja yang kita buat di Malaysia bumi bertuah ini, kita tetap akan jadi `mangsa` kepada orang politik setidak-tidaknya kita terpaksa mematuhi segala keputusan yang dibuat orang politik.
wassalam.
kontrektor (SALAH) = kontraktor (BETUL)
——-
Post a comment