Friday, May 14, 2010

PTS Islamika Mencari Lebih Banyak Novelis Tauhid

Sambutan amat baik yang diberikan oleh pembeli dan pembaca kepada novel "Shahadah Gadis Ateis" karya Imran Haaz menjadi petanda bahawa novel-novel yang bertemakan tauhid Islam mempunyai peminatnya yang cukup banyak bagi membolehkan novel ini diterbitkan dan dijual dengan jumlah yang relatif besar.

Tuan Faris Hasbullah, pengurus PTS Islamika memberitahu bahawa beliau akan menubuhkan kumpulan penulis novel yang khusus bertemakan tauhid. Anggota kumpulan ini tidak semestinya terdiri daripada ustaz dan ustazah. 

Puan Ainon Mohd. akan menjalankan bengkel khusus bagi melatih tuan dan puan.

Tuan dan puan yang berminat menjadi anggota TimTauhid, mohon menulis emel kepada Tuan Ahmad Zahiruddin bin Mohd. Zabidi, (.(JavaScript must be enabled to view this email address)). Beliau adalah editor yang menggalas tanggungjawab membangunkan genre novel Islami di PTS Islamika.

Objektif utama PTS Islamika menerbitkan novel-novel tauhid adalah bagi menerangkan konsep-konsep asas tentang tauhid Islam dengan menggunakan teknik penceritaan kreatif, supaya pembaca yang belum fasih dalam soal-soal tauhid, khususnya golongan remaja, tidak bosan membacanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Delegasi PTS ke Pesta Buku Islam Jogjakarta Previous entry: Travelog Cinta Abadi: Testimoni Orang Terengganu - Isteri Seorang Akauntan

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: