PTS Lebih Agresif Menerbitkan Buku Agama Premium untuk Kanak-Kanak
Pasaran buku agama untuk kanak-kanak adalah salah satu Laut Biru yang diterokai oleh PTS dengan komitmen yang tinggi. PTS akan terus-meneruskan menerbitkan buku agama untuk kanak-kanak kerana ini adalah salah satu perjuangan PTS bagi memandaikan bangsa.
Secara radisional, kanak-kanak tidak suka membaca buku-buku agama. Malah, remaja pun tidak suka.
Disebabkan kanak-kanak tidak suka membaca buku agama maka penerbitkan pun tidak menerbitkan buku agama untuk kanak-kanak. Disebabkan tidak ada buku agama untuk kanak-kanak, maka kanak-kanak pun tidak membaca buku agama. Lingkaran ini berpusing-pusing macam ayam dengan telur.
Memang jika diberi pilihan kanak-kanak lebih suka bermain PSP, membaca buku cerita, dan membaca komik. Inilah cabaran yang perlu ditangani oleh penulis dan penerbit.
Salah satu faktor yang menybebabkan buku agama tidak digemari oleh kanak-kanak dan remaja adalah disebabkan cara bagaimana buku-buku itu ditulis dan dipakejkan yang tidak sesuai dengan citarasa mereka.
Buku-buku agama untuk bacaan kanak-kanak tidak boleh ditulis oleh ustaz-ustaz tradisional kerana walaupun ustaz-ustaz itu mempunyai banyak ilmu agama, tetapi mereka tidak mempunyai kemahiran menulis buku kanak-kanak yang digemari oleh kanak-kanak.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006




Post a comment