PTS Masuk Kampung
Pada masa ini buku-buku PTS hanya dapat dibeli di kedai-kedai buku utama di bandar-bandar besar.
Bagi melebarkan lagi jaringan pengedaran buku-buku PTS, Presiden PTS, Tuan Arief Rahmad, dan Pengurus Jabatan Jualan PTS, Tn. Zaharin Zain, sekarang sedang melawati bandar-bandar sederhana besar di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
Tujuan lawatan itu adalah bagi mendapatkan gambaran dan maklumat sebenar situasi pasaran buku-buku Melayu di luar bandar-bandar utama. Daripada situ PTS akan menggubal strategi pemasaran dan jualan bagi membolehkan buku-buku PTS menembusi pasaran luar bandar.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment