Bajet RM30 Ribu bagi PTS Melancarkan Kempen Melebarkan Pengedaran Buku-buku Agamanya
Puan Norhazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan marketing PTS memberitahu bahawa sepanjang bulan April ini, jabatannya akan menjalankan kempen bagi menggalakkan lebih banyak kedai-kedai buku agama tradisional di seluruh negara menjadi agen jualan buku-buku agama PTS.
PTS menyediakan bajet RM30 ribu bagi membeli ruang iklan dalam Radio IKIM dan media cetak yang ditargetkan kepada pembaca buku-buku agama.
Dalam kategori kedai buku agama tradisional itu adalah:
(i) Kedai-kedai indie yang khusus menjual buku-buku agama sahaja
(ii) Penjual buku di pasar-pasar malam
(iii) Operator kiosk buku dalam hipermarket
Sehingga sekarang PTS sudah menerbitkan lebih 150 judul buku agama, tetapi sebelum ini buku-buku agama PTS hanya dapat dibeli di kedai-kedai buku utama sahaja.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Nama Muhammad (Nabi MUhammad saw) dalam iklan radio IKIM macam janggal bunyinya kepada telinga majoriti para pendengar radio itu.
Saya setuju.Sebelum ini agak susah untuk mencari buku-buku PTS di kedai buku biasa kecuali di kedai-kedai utama seperti Popular,MPH dan seumpama dengannya. Di luar Selangor, saya rasa buku PTS sedikit sukar untuk didapati terutama di Kelantan (kerana saya orang kelantan;)
Terima kasih.
Wassalam
Assalamualaikum.
1. Sekadar menyampaikan pesan kawan. Banyak buku agama PTS tidak dapat dijadikan sumber rujukan pelajar universiti kerana tiada nota kaki, menjadikannya tidak muktabar. (Tapi Puan Ainon akan cakap, buku itu untuk golongan marhaen, orang agama boleh ke sumber primer
2. Nur Shahidat, buku-buku PTS boleh didapati di Muda Osman dan Jaafar Rawas.
Askm, saya, pensyarah di UIA, saya berminat utk jadi ajen pengedar/penjual buku2 PTS utl UIA( kampus Gombak), khususnya utk warga pelajar dan staff UIA, jadi mohon penjelasan prosedur yg perlu diikuti.
salam,
bekas pelajar universiti ,bercita-cita membuka kedai buku-buku agama di kawasan pekan jelawat,bachok kelantan. mohon perjelaskan prosedurnya..
Post a comment