PTS Melantik Pegawai Promosi Media
Dengan ini dimaklumkan PTS sudah melantik seorang Pegawai Promosi Media. Beliau adalah Puan Azharisyam Abu Hassan.
Beliau bertanggungjawab mempromosi PTS sebagai brand, buku-buku, para penulis serta aktiviti PTS dalam media TV, radio, akhbar, majalah dan internet.
Sebelum berkhidmat dengan PTS, Puan Azha bertugas di Prudential.
Ini adalah langkah agresif PTS bagi meningkatkan kuantiti jualan judul-judul terbitannya.
.
.
Beliau bertanggungjawab mempromosi PTS sebagai brand, buku-buku, para penulis serta aktiviti PTS dalam media TV, radio, akhbar, majalah dan internet.
Sebelum berkhidmat dengan PTS, Puan Azha bertugas di Prudential.
Ini adalah langkah agresif PTS bagi meningkatkan kuantiti jualan judul-judul terbitannya.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Syabas PTS.
Tahniah Pn. Azha.
(tadi saya sudah hantar diskusi, tetapi mengapa tidak keluar?)
-----
Tuan MBA,
Keluar atau masuk?
Tuan Rastom;
Keluar atau masuk bergantung kepada perspektif mana kita melihatnya. Jika kita mementingkan proses, masuk adalah yang betul. Jika kita mementingkan keputusan, keluar adalah yang diharapkan.
Saya mengharapkan komen yang dihantar akan dipamerkan semula sebagai diskusi keluar. Ia dipamerkan di skrin komputer saya. Skrin komputer saya adalah peranti output, oleh itu ia adalah ‘keluar’ dari perspektif saya.
Saya tidak peduli samada ia masuk atau tidak. Apa yang saya mahu ia keluar. Maknanya saya tidak peduli samada ia pergi atau tidak, yang penting ialah sampai.
Terima kasih kepada Puan Sifu dan warga PTS yang terlibat dalam menyediakan platform bagi mengembangkan lagi bisnes buku PTS.
Selamat datang kepada ahli keluarga baru PTS dan tahniah kepada Puan Azharisyam Abu Hassan.
Semoga dengan kehadiran Puan Azharisyam, lebih banyak peluang dan ruang yang dapat disediakan oleh media bagi mempromosikan hasil karya dan ceramah ataupun kursus yang dijayakan oleh para penulis.
Kami sentiasa bersedia bagi menyediakan sebarang maklumat yang Puan Azharisyam perlukan bagi menjayakan misi terbaru PTS itu.
Tahniah untuk PTS. Satu langkah yang agresif dalam memajukan syarikat. Sayang PTS.
Bangga melihat banyak penulis PTS di dalam majalah terbaharu Quill;)
Tahniah!
Post a comment