Monday, March 31, 2008

PTS Memasuki Pasaran Buku Mahal

Buat sekian lama orang Melayu dimomok-momokkan dengan cakap-cakap bahawa orang Melayu tidak suka membaca, bahawa buku Melayu tidak laku, bahawa orang Melayu tidak sanggup membeli buku mahal.

Sejak 3 tahun yang lalu PTS mula menguji apakah cakap-cakap seperti itu benar ataupun hanya mitos yang dijaja oleh pihak-pihak yang gagal memasarkan buku-buku terbitannya.

Maka PTS pun, dengan amat berhati-hati, menerbitkan beberapa judul edisi kulit tebal pada harga RM40 ke atas. Berkali-kali kita dapati buku-buku itu dapat dijual dan dapat diulangcetak.

Sekarang PTS semakin berani cuba menerbitkan buku-buku edisi kulit tebal yang lebih mahal. Sebagai contoh buku "Kecerdasan Berasaskan AsmaulHusna" yang sedang dicetak saat ini akan dijual pada harga RM65 di Semenanjung dan RM68 di Sabah dan Sarawak.

Buku "Change - Berubah!" dijual pada harga RM55 di Semenanjung dan RM58 di Sabah dan Sarawak. 

Buku "Kuasai Minda: Bina Masa Depan" karya Adam Khoo, pengarang Singapura ini dijual pada harga RM39.90 di Semenanjung dan RM42.90 di Sabah dan Sarawak.

Kita akan memonitor bagaimana sambutan pasaran. Jika dalam keadaan ekonomi lembap sekarang ini pun buku mahal seperti ini masih laku, maka PTS akan menerbitkan lebih banyak buku kulit keras yang harganya lebih RM40.

Siapakah yang telah membeli buku-buku mahal terbitan PTS sebelum ini?

Data jualan PTS yang ada menujukkan buku-buku kulit keras PTS laku di rangkaian kedai-kedai buku elitis di bandar-bandar besar, seperti di MPH, POPULAR dan KINOKUNIYA.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Previous entry: Satu Lagi Gosip
amiruddin  on  04/02  at  02:48 AM

confirm saya akan beli buku “Kecerdasan Berasaskan AsmaulHusna” tu!
cover nampak menarik, harapnya isinya pun juga..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: