PTS Membeli Satu Pintu Lagi Bangunan Baru
Syukur kepada Allah, Tuhan yang maha pemurah lagi maha membantu hamba-hambanya yang yakin dan kuat bekerja memandaikan bangsanya.
Lembaga Pengarah PTS telah bersetuju menokok jumlah saham yang dibenarkan dan saham berbayar dalam anak syarikat PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. bagi membolehkan anak syarikat itu membeli bangunan baru lagi.
Pada masa ini PTS sudah membeli 2 pintu bangunan kilang berderet di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur. Minggu ini pihak pengurusan PTS telah membayar pendahuluan sebanyak RM89 ribu bagi membeli satu pintu yang bernilai RM1.68 juta. Unit itu terletak betul-betul di belakang 2 unit yang ada sekarang.
Unit baru ini akan (i) Menempatkan pejabat editorial PTS yang kini menyewa di rumah kedai milik Cina di Wangsa Melawati, dan (ii) Menambahkan ruang setor, sebagai persediaan bagi pertambahan jumlah judul baru dan judul ulangcetak yang terus meningkat.
Pada bila-bila masa ada lebih 100 judul PTS sudah habis stoknya dan perlu diulangcetak. Salah satu faktor yang menyebabkan buku tidak dapat diulangcetak segera adalah isu ruang dalam setor PTS yang sendat.
Jika buku terlalu banyak masuk serentak dari kilang, tidak ada ruang bagi menyimpan buku-buku itu.
Isu judul lama tidak dapat diulangcetak segera adalah salah satu punca yang menyebabkan PTS mengalami kerugian-tak-ketara, di mana PTS sebenarnya tiap-tiap tahun rugi disebabkan buku-buku tidak dapat dibekalkan kepada kedai-kedai, oleh itu jumlah jualan buku-buku PTS tidak optimum.
Pada tahun 2008 sahaja, dianggarkan nilai pesanan dari kedai yang tidak dapat dibekalkan adalah sekitar RM4 juta.
Dengan pembelian unit baru ini PTS akan dapat mengurangkan kesan kerugian-tak-ketara itu. (Itu pun entah buat berapa lama, sebab keadaan ini akan berulang lagi kerana PTS akan meningkatkan jumlah judul terbitannya setiap bulan menjadi 35 judul sebulan pada tahun 2010.)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua team PTS. Saya amat bergembira kerana menjadi salah seorang ‘penjual’ buku-buku PTS. Semoga rezeki kita semua diberkatiNya.
Saifuddin.
Pustaka Munirah / Prima MS Enterprise
Kemaman.
Syukur, semoga PTS terus berkembang maju. Amin.
Baguslah kalau begini. Saya suka syarikat yang memandaikan bangsa maju.
Alhamdulillah!
Moga PTS terus-terusan kaya dan makmur.
Untuk jangkamasa panjang, mungkin boleh kalau jadual percetakan buku-buku PTS dijadualkan semula, supaya kurang bertindan. Ini saya fikir dapat membantu memoptimumkan ruang.
Atau stor sementara disewa bagi menempatkan buku-buku yang baru dicetak sebelum dihantar terus ke pelanggan.
Sekadar cadangan.
Subhanallah…Maha Suci Allah!
Allahuakbar!!
Salam Puan…
Alhamdulillah dan teruskan perjuangan!
Alhamdulillah. Tumpang gumbira
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Alhamdulillah….
(Mungkinkah kursus serta bengkel penulisan akan dipindahkan ke sana kelak??)
alhamdulillah, tahniah kerana kejayaan ini.
Bagi orang besar, ini kejayaan kecil.
Bagi orang kecil, ini kejayaan besar.
Alhamdulillah!
Post a comment