Sunday, June 13, 2010

PTS Membeli Ruang Iklan bagi Mempromosi ‘Karipap-Karipap Cinta’

Hari ini,  Ahad 13 Jun 2010, jabatan marketing PTS membeli ruang iklan dalam akhbar Harian Metro khusus bagi mengiklankan novel humor 'Karipap-Karipap Cinta' karya Nazri M Annuar.

Menurut Puan Nor Hazizam Abd. Rahman, pengurus marketing PTS, beliau yakin wang yang dilaburkan bagi mempromosi novel ini akan menghasilkan ROI (return of investment) yang tinggi lagi menguntungkan.

KKC akan difilemkan oleh Datuk Osman Hafsham.  Beliau sudah datang ke PTS bagi sesi perundingan pusingan pertama dengan pihak pengurusan PTS.

Novel KKC diperkenalkan kepada pengarah filem itu oleh Tn. Amir Muhammad, seorang pengarah filem yang paling berkontroversi.

Menurut ceritanya, sebelum membaca KKC, Datuk Osman sudah mencipta sebuah cerita humor dan menuliskan skripnya, yang mahu diterbitkannya sendiri.  Selepas membaca KKC, beliau amat impres, lalu menyimpan skripnya, dan segera menguhubungi PTS bagi mendapatkan lesen hak memfilemkan novel itu.

"Skripnya sudah siap saya tulis dan sedang dibaca oleh Datuk Osman," kata Tn. Nazri M Annuar.

NOTA: Hak melesenkan novel-novel terbitan PTS dipegang oleh PTS,  yang bertindak sebagai agen pemerdagangan harta intelek penulis-penulis PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penggunaan Wajah Perempuan pada Desain Kulit Novel Cinta Previous entry: Ulangcetak dengan Cover Baru: Bila Desain Patut Ditukar?

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: