Friday, August 27, 2010

PTS Membeli Sebuah Lagi Kilang Berderet

Pada masa ini PTS memiliki 3 unit kilang berderet, dan menyewa 1 unit lagi, di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur.

Minggu lalu PTS telah membeli sebuah unit lagi di premis yang sama (foto) pada harga RM2.1 juta. Pembelian unit terbaru ini dibiayai oleh Bank Eoncap, sebuah bank Islamik, anak syarikat Bank EON, milik pelabur Hong Kong. Cukai setem yang terpaksa dibayar ke atas pembelian itu adalah RM56 ribu.

Dengan pembelian ini PTS memilik 4 unit kilang berderet.

Unit terbaru ini akan dijadikan gudang tambahan bagi menampung lebih banyak judul baru yang akan diterbitkan oleh PTS pada tahun 2011.

Dalam rancangan jangka panjang, PTS akan membina bangunannya sendiri supaya gudang PTS dapat disatukan di bawah satu bumbung. Dengan itu barulah pengurusan gudang dapat dijalankan dengan menggunakan sistem berkomputer.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Projek Wakaf Buku Anjuran PTS Previous entry: Contoh Aplikasi Teori Interteks
SHARIFAH SHARINA BT SYED ASWAD  on  08/28  at  12:58 AM

Syabas, PTS. Semoga terus maju smile

Fable Fox  on  08/29  at  08:28 AM

“Dalam rancangan jangka panjang, PTS akan membina bangunannya sendiri supaya gudang PTS dapat disatukan di bawah satu bumbung. Dengan itu barulah pengurusan gudang dapat dijalankan dengan menggunakan sistem berkomputer.”

Adakah dalam keadaan sekarang sistem berkomputer gudang tidak boleh dihubungkan melalui internet kepada sistem komputer di pejabat utama?

Sekadar bertanya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/29  at  02:53 PM

Tahniah PTS!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: