Tuesday, June 29, 2010

PTS Membuka Unit Buku Komputer

Tuan Fauzul Naim Ishak, pengurus besar jabatan editorial PTS memberitahu bahawa mulai bulan Julai hadapan PTS akan mula menerbitkan buku-buku komputer.

Menurut beliau, buku-buku yang akan diterbitkan adalah buku-buku panduan aplikasi pelbagai program, khususnya untuk tujuan bisnes.

Buku-buku internet marketing (IM) akan diterbitkan oleh unit ini.

Pegawai yang dilantik bagi memulakan projek ini adalah Tn. Mohd. Sallehuddin Md. Yusuf (foto). Sebelumnya beliau bertugas di jabatan marketing PTS. Dua orang lagi pegawai baru akan dilantik bagi menjadikan TimKomputer ini 3 orang.

Tuan dan puan yang berminat menulis buku-buku komputer, mohon supaya menulis surat kepada di .(JavaScript must be enabled to view this email address) dan ceritakan konsep buku itu. Mulakan penulisan hanya selepas konsepnya diluluskan oleh Tn. Sallehuddin.

Bagi tuan dan puan yang berminat menterjemah buku-buku komputer, tulis juga surat kepada beliau.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mohon Undi Buku-buku PTS! Previous entry: Judul Buku Masuk Gudang PTS Minggu Ini
Fable Fox  on  06/29  at  11:56 AM

Ahkirnya, alhamdulillah.

Akan adakan meeting hari minggu mengenai projek ini nanti?

MBA  on  07/08  at  06:30 AM

Salam;

Ia adalah satu usaha yang sangat bagus.
Bilakah agaknya unit buku komputer ini akan mula beroperasi?. Sudah adakah calon-calon penulisnya?

Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: