Thursday, November 22, 2007

PTS Memerlukan Tambahan RM1 juta Modal Penerbitan bagi Tahun 2008

Kita bersyukur kepada Tuhan yang maha pemurah.

Perkembangan pasaran buku Melayu terus berkembang dengan baiknya. Penggemar buku-buku Melayu nampaknya bagaikan tidak puas-puas dengan pelbagai judul yang diterbitkan dan mereka mahukan lebih banyak judul dalam semua kategori.

Pada saat ini pegawai-pegawai PTS sedang sibuk menyusun rancangan belanjawan 2008. Antara kategori baru yang akan mula dikerjakan pada tahun 2008 adalah melesen hakcipta 4 kategori baru yang belum dilakukan oleh PTS sebelum ini. Kategori itu adalah: 

(a) Buku-buku bisnes daripada Amerika dan Britain di bawah PTS PROFESSIONAL.

(b) Buku-buku bisnes dari Indonesia di bawah PTS PROFESSIONAL.

(b) Novel-novel klasik moden kontemporari daripada bahasa Inggeris seperti karya John Grisham dan Tom Clancy di bawah PTS LITERA.

(c) Karya sastera klasik dunia yang sudah menjadi harta awam di bawah PTS FORTUNA.

Judul-judul dalam setiap kategori itu sudah dikenalpasti. Proses pembelian lesen akan bermula pada bulan November depan. Tanda-tanda awal menunjukkan bagi membiayai judul-judul yang bakal diterbitkan sepanjang 2008 PTS memerlukan tambahan modal RM1 juta.

Pertambahan kos yang amat ketara adalah duit muka down-payment bagi mendapatkan lesen hakcipta daripada penerbit-penerbit Amerika dan Britain. Ini disebabkan semua pembayaran adalah dalam dolar US ataupun Euro yang mahal kadar tukarannya. Dianggarkan PTS akan membelanjakan RM400 ribu bagi membiayai pembelian lesen-lesen itu, manakala RM600 ribu lagi adalah kos percetakan dan editorial.

Pihak bank memaklumkan PTS mesti minimum mempunyai simpanan tetap RM500 ribu dalam bank itu sebagai cagaran bagi mendapatkan fasiliti RM1 juta yang diperlukan. (Ini yang menyebabkan sampai hari ini Chairman PTS masih memandu kereta peribadi lamanya....)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat PTS: Masukilah Pasaran Sektor Sastera Agama Kanak-kanak Previous entry: Komitmen PTS Mahu Menerokai dan Mendominasi Pasaran Buku Terjemahan
Riduan Khairi  on  11/22  at  10:50 AM

Alhamdulillah.

Doa saya sentiasa bersama tim PTS yang bekerja keras.

Mohammed Zakir Husin Bin Mohammed Zahid  on  11/22  at  12:56 PM

Assalamualaikum Puan dan rakan-rakan seperjuangan,

Merujuk kepada kenyataan di atas.

Tanda-tanda awal menunjukkan bagi membiayai judul-judul yang ‘bakal’ diterbitkan sepanjang 2008 PTS memerlukan tambahan modal RM1 juta.

Saya ingin menarik perhatian kepada perkataan ‘bakal’ dalam ayat tersebut.

Penggunaan istilah ‘bakal’ ini walaupun salah tetapi telah digunakan secara begitu meluas oleh mana-mana rumah penerbitan dan penyiaran di Malaysia. Sekaligus penerimaannya oleh masyarakat umum juga sangat besar.

Saya mencadangkan agar PTS boleh menerima penggunaan istilah ‘bakal’ sebagaimana yang telah diguna dan diterima umum.

Saya sendiri tidak tahu mengapa istilah ‘bakal’ itu lebih seronok digunakan dan lebih sedap didengar berbanding menggunakan perkataan ‘akan’.

Mohd Nadzrin Wahab  on  11/22  at  12:56 PM

Salam UNIKA,

Dua hari lepas, saya mengendali kursus Penulisan Kertas Cadangan Secara Jelas dan Ringkas untuk sebuah syarikat kejuruteraan besar negara.

Ramai dari kalangan peserta berminat membincangkan hal penulisan, bahasa dan buku, walaupun ia bukan dalam skop kursus.

Seorang peserta berpangkat Financial Controller secara peribadi merungut mengenai kualiti buku panduan haji yang dibelinya, hingga menyebabkan sesetengah rukun tidak diberi penekanan yang jelas. Pendapatnya, ini boleh menyebabkan orang Islam tertinggal atau melanggar rukun.

Saya, dengan yakin sekali menyarankan beliau membeli buku panduan haji terbitan PTS. Walaupun beliau tidak pernah mendengar nama penerbit ini, tetapi beliau percaya kepada saranan saya dan berkata:

“InsyaAllah, mungkin esok saya ke Wisma Yakin cari buku itu”

Saya pula membalas, “Jauhnya. Di MPH atau Popular pun ada”.

Beliau tergamam dan bertanya, “Bookstores? Real bookstores?”

Saya hanya mengangguk dan tersenyum.

Dia tergamam seribu bahasa.

Tahniah PTS di atas segala usaha anda!

Afiqme  on  11/26  at  05:40 AM

alhamdulilah dan tahniah pada PTS!

Semoga terus berjaya!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: