Saturday, July 09, 2011

Tip Memilih Tokoh Sejarah untuk Novel Biografi

Novel biografi yang berdasarkan riwayat hidup tokoh-tokoh sebenar adalah berpotensi menjadi karya yang evergreen dalam pasaran, yakni dapat bertahan lama dalam kedai-kedai buku.

Antara ciri-ciri tokoh yang elok dinovelkan adalah:

(i) Nama tokoh itu sudah menjadi brand, maknanya nama itu amat dikenali ramai.

(ii) Tokoh itu mempunyai banyak peminat dan pengagum.

(iii) Nama tokoh itu ada disebut dalam buku teks subjek sejarah di sekolah.

(iv) Tokoh yang namanya sangat terkenal dan menjadi sebutan di kalangan orang-orang yang elok amalan agamanya.

Novel biografi sangat penting menjaga kesahihan fakta-faktanya, kerana pembaca mahu mengetahui maklumat dan fakta-fakta yang belum mereka ketahui berkenaan tokoh yang mereka kagumi itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: TOP 200 Judul Penerima Royalti Tertinggi bagi Jualan Tahun 2010 Previous entry: Tip Survival Penerbit: Sebelum Bulan Puasa Buku-Buku Musim Raya Sudah Dihantar ke Kedai
Wan Nor Ainon  on  07/11  at  09:56 PM

Assalamu’alaikum Puan.

Terima kasih atas entry ini.

Saya berharap Puan sentiasa dapat update idea-idea Puan mengenai karya yang berpotensi untuk menjadi evergreen dalam pasaran.


Antara sebab saya memilih karya pertama mengenai kisah-kisah nabi juga kerana pernah membaca idea Puan mengenai karya evergreen sebelum ini.  Meskipun pada masa itu, saya mempunyai idea untuk menulis kisah berbentuk fiksyen untuk kanak-kanak.  Saya berharap ia benar-benar dapat bertahan lama. 

Sedikit perkongsian semasa saya memperkenalkan buku 31 Kisah Nabi di sini (Melbourne), ibu-ibu juga ada yang berkenan untuk membelinya kerana mereka sendiri yang mahu baca.  Salah seorang dari mereka berkata, “Kalau buku cantik seperti ini, secara nature, kita sendiri pun suka mahu beli dan baca.  Bukan kanak-kanak sahaja yang suka”.  Salah seorang yang lain pula berkata, “Saya sendiri mahu baca walaupun tiada anak kecil”.  Kebanyakan ibu-ibu di sini merupakan pelajar post-grad.  Dengan lain perkataan, mereka merupakan para pensyarah di pelbagai universiti tempatan.

Terima kasih Puan dan staf PTS yang mendesain kaver dan layout buku menjadi cantik seperti ini.

Dalam pemerhatian saya mengenai karya-karya evergreen, ada satu perkara yang pernah difikirkan.  Ia mengenai gaya bahasa yang digunakan.  Meneliti sejarah yang berlaku, sejak dahulu, gaya bahasa dan pendekatan sentiasa mengalami perubahan. Jadi apa pendapat Puan mengenai gaya bahasa yang evergreen?

Setakat ini, saya berfikir, saya harus melatih anak-anak saya untuk mahir menulis. Dengan itu mereka dapat update karya-karya saya untuk 20 tahun akan datang.  20 tahun akan datang, bahasa yang digunakan mungkin sudah berubah.


Sekian dulu dari saya.

Wassalam.

Ummu Abbas

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.