PTS Mencari Pegawai Pemasaran Genius
Fungsi 'pemasaran buku' (book marketing) bukan menjual buku (book selling) tetapi meningkatkan jualan buku.
PTS sudah dikenal dalam pasaran sebagai penerbit buku-buku ilmu yang berkualiti. Namun kita sedar bahawa jumlah jualan judul-judul PTS masih belum maksimum.
Ini kita tahu daripada data buku 'return' di PTS yang 'rendah'. Apabila jumlah buku yang dipulangkan oleh kedai masih rendah, ini adalah bukti pasaran buku itu masih luas, yakni buku-buku yang diterbitkan itu belum memenuhi permintaan yang ada.
Bagi penerbit buku yang masih baru dan belum faham bisnes, mereka suka jika semua buku yang dihantar ke kedai laku dijual, ertinya, tidak ada return langsung.
Tetapi sebenarnya, kalau semua buku kita habis terjual, itu bermakna potensi pasaran buku-buku PTS masih ada, yakni saiz pasaran itu lebih besar daripada jumlah buku yang diedarkan. Ertinya ada peluang jualan yang kita sia-siakan.
Salah satu punca jumlah edaran buku-buku PTS belum maksimum adalah isu 'marketing'. Kita memang sedar buku-bukuPTS tidak cukup di-marketing-kan. Yakni, masih banyak pembeli buku belum tahu dan belum nampak buku-buku PTS.
Target PTS adalah supaya SEMUA judul terbitannya dapat dijual minimum 10,000 naskhah.
PTS juga mahu mendapatkan perolehan royalti daripada PELESENAN buku-buku terbitannya sebanyak RM200 ribu setahun pada tahun 2010 meningkat RM100 ribu setiap tahun, yakni pelesenan dalam negara dan luar negara.
Jadi PTS saat ini mencari calon pegawai pemasaran yang genius. Ini tidak mudah.
PTS tidak dapat 'mencuri' calon seperti itu daripada penerbit lain disebabkan tidak ada penerbit buku Melayu di negara ini yang mempunyai pegawai pemasaran yang mempunyai 10 tahun pengalaman.
Memang spesies itu tidak ada. Tidak ada seorang pun individu yang mempunyai pengalaman 10 tahun mencipta dan melaksanakan strategi memasarkan buku-buku Melayu seperti buku-buku terbitan PTS.
Jadi kita mencari individu yang memiliki bakat pemasaran dan pengalaman memasarkan produk yang mirip-mirip buku...
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Di mana mahu mencari pegawai pemasaran genius? Cuba fikirkan..
——-
Sekadar berkongsi idea…
Pegawai Pemasaran Genius berpengetahuan tentang
1. Gelagat pelanggan
- perubahan dari sudut permintaan pengguna sedia ada.
- perubahan dari sudut permintaan pengguna yang berpotensi.
2. Pengasingan pasaran
- segmen
3. Profil pelanggan
- pangkalan data
4. Analisa pesaing
- kemunculan pesaing-pesaing baru
5. Kedudukan pasaran
-
6. Produk dan perkhidmatan
- kualiti
- ciri-ciri unik (desain, pakejing, saiz, berat)
- R&D
7. Penetapan harga
- polisi harga
8. Saluran pasaran
9. Promosi
10. Fungsi pasaran
11. Hubungan pasaran
12. Pengurusan hubungan antara pelanggan
- kecekapan
13. Kajiselidik pasaran
- kos
14. Pelan pasaran
- bajet
Wallahu’alam
Post a comment