PTS Mencari Tapak Bangunan Sendiri
Tn. Arief Rahmad, Presiden Kumpulan Syarikat-syarikat PTS, memberitahu bahawa PTS sekarang sudah membeli 3 unit dan menyewa 1 unit kilang berderet di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur.
Bagi menampung keperluan yang lebih besar selaras dengan perkembangan bisnesnya, selepas ini PTS tidak akan membeli tambahan unit kilang berderet di Dolomite Business Park, sebaliknya PTS akan mencari tanah bagi tujuan membina bangunannya sendiri.
Menurut beliau, luas tanah yang diperlukan adalah minimum 1 ekar, dan lokasinya di tempat yang memudahkan operasi bisnes PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Syabas & tahniah…. PTS
Semoga dengan adanya bangunan sendiri, dapatlah kiranya menyediakan ruang khusus untuk para penulis PTS untuk bertemu dan bertukar-tukar pengalaman/pendapat.
Tidak kira dengan nama “Sudut Penulis PTS” atau “Koner Penulis PTS” atau “Kafe Lepak Penulis PTS” namun akan menjalinkan hubungan rapat dengan para penulis.
Bayangkan apabila sudah ada sudut ini, penulis akan berpeluang bertemu ketika:
(1) selepas kursus/bengkel penulisan;
(2) singgah untuk mengambil buku author’s copy atau membeli buku;
(3) berurusan dengan editor;
(4) mengambil royalti;
(5) apa jua majlis PTS.
Memang berbaloi…!
Assalamualaikum Puan Ainon,
Tahniah Puan, saya fikir usaha ini akan bermula 3 tahun lagi. Cepat sungguh PTS membesar.
Jika boleh tambah barang setengah ekar lagi untuk Puan AinMaisarah bangunkan Sekolah Sri Bangsar, sekolah bakat untuk remaja.
Kami pun berura-ura mencari tapak di sekitar Kuala Lumpur.
Wasalam
Syaizul
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Tuan Syaizul Amal, apabila tertegaknya sekolah Sri Bangsar itu kelak, insya Allah, saya akan usahakan cucu saya akan ke sekolah bakat itu, iaitu insya Allah apabila cucu saya dilahirkan dan sudah sampai umur persekolahannya… (Anak semua sudah selesai sekolah rendah pada masa itu….)
Salamualaikum,
Tahniah kepada Pts dan pendukung-pendukungnya.
Syukur alhamdulillah. Semoga Pts terus utuh berpegang dengan prinsip bisnes mengikut syarak dan bebas rasuah.
Amin.
Post a comment