Wednesday, October 21, 2009

PTS Menceburi Pasaran Buku Kanak-kanak

Mulai November 2009 PTS akan menubuhkan unit buku kanak-kanak. Unit ini diletakkan di bawah PTS One Sdn. Bhd. Ketua unitnya adalah Puan Nisaak (foto), yang sebelum ini bertugas di PTS Millenia Sdn. Bhd.

100 judul sudah dikenalpasti akan diterbitkan sepanjang 2010.

Yang dikategorikan sebagai buku kanak-kanak adalah buku untuk kanak-kanak yang sedang belajar membaca sendiri. Justeru buku untuk kanak-kanak digunakan oleh ibu dan guru bagi membantu si anak memahami apa yang ada dalam buku itu.

Menulis buku kanak-kanak mempunyai disiplin ilmu-ilmunya yang tersendiri. Penulis yang pandai menulis buku untuk remaja dan dewasa lazimnya tidak pandai menulis buku untuk kanak-kanak kerana bakat-bakat yang diperlukan tidak serupa.

Melukis untuk buku kanak-kanak juga sangat berbeza dengan melukis untuk buku bacaan remaja dan dewasa. Lukisan yang disukai oleh kanak-kanak mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

Bagi tuan dan puan yang berminat dengan buku kanak-kanak, alamat emel Puan Nisaak adalah .(JavaScript must be enabled to view this email address)

NOTA: Sebelum menulis buku, tulis surat dahulu kepada Puan Nisaak dan ceritakan buku apa yang mahu ditulis. Ini bagi memastikan karya tuan itu dapat diterima oleh beliau.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Testimonial Pembaca oleh Welma Laanda Previous entry: Tip dari Brian Tracy: Apabila Pelanggan Membeli ataupunTidak Mahu Membeli, Itu adalah Maklumbalas
Hamim Bin Nasoha  on  10/21  at  08:22 AM

Salam sejahtera buat semua pembaca budiman.

Pertama, tahniah kepada Puan Nisaak kerana terpilih sebagai ketua unit di PTS One. Saya tumpang gembira dengan pemilihan beliau. Tahniah dan selamat maju jaya memikul tanggungjawab tersebut.

Keduanya, saya agak risau sedikit. Saya adalah freelance editor dan beliaulah yang memberi manuskrip kepada saya untuk disunting (buku PTS Millenia). Walaupun baru dua manuskrip, saya cukup gembira bekerja dengan beliau. Mudah-mudahan, pengganti beliau sama tara hebatnya. Mungkin juga sesekali saya boleh minta manuskrip PTS One untuk disunting.

Walau apa pun saya doakan keseluruhan tim PTS dalam usaha mereka memandaikan bangsa.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: