Wednesday, June 06, 2012

PTS Meneruskan Penerokaan Pasaran Sastera Kanak-Kanak dan Remaja Awal dari Dunia Luar

Buku adalah produk yang dibeli oleh golongan berpelajaran dan berduit, yakni golongan kelas menengah, khususnya mereka yang tinggal di bandar.

Salah satu ciri minda golongan kelas menengah ini adalah, mereka itu mahu menjadi warga dunia yang lebih besar, bukan setakat dunia lokal di mana mereka tinggal.

Ini menjadikan mereka mahukan buku-buku yang membawa mereka ke dalam budaya-budaya lain, dan ke negara-negara lain.

Golongan ini sudah sedia mempunyai citarasa yang 'antarabangsa'. Sepatutnya mereka dapat menerima karya luar dengan lebih mudah.

PTS sudah beberapa lama cuba memperkenalkan sastera kanak-kanak dan remaja dari luar negara. Namun jualan buku-buku itu masih rendah dibandingkan dengan jualan buku-buku hasil penulisan karyawan tempatan.

PTS kini sedang memulakan strategi baru bagi membuka pasaran karya luar negara yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tinggi.

Kali ini PTS memperkenalkan karya luar bermula dari bawah, yakni dari genre kanak-kanak lagi.

Meskipun karya itu ditulis oleh penulis luar namun tapisan kandungannya tetap dilakukan dengan ketat bagi menjaga ciri syariah-compliance buku-buku PTS.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Nama Pengarang Menjadi Modal Daya Tarikan Previous entry: Tip Survival Penulis-Trainer: Buku adalah Kit Pemasaran Paling Penting
Siti Malini  on  06/12  at  04:58 AM

Wah, desain muka depan yang sangat cantik! Tentu ramai yang tertarik hendak membeli melihatkan muka depan sahaja ...

Saya berharap semoga buku terjemahan karya klasik akan mendapat tempat di kalangan pembaca tempatan. Membaca tentang pelbagai budaya dan tempat lain dapat meluaskan pandangan kita, insya-Allah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.