PTS Menganjurkan Sayembara Menulis Novel Humor

HADIAH
Hadiah Pertama: RM 5,000.00
Hadiah Kedua: RM 2,500.00
Hadiah Ketiga: RM 1,500.00
2 Hadiah Saguhati : RM 500.00 setiap satu.
SYARAT PENYERTAAN SAYEMBARA
1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia sama ada bermastautin di Malaysia atau tidak kecuali staf PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikatnya.
2. Tema sayembara ini adalah bebas namun hendaklah tidak menyentuh unsur-unsur politik yang keterlaluan, dan unsur-unsur moral yang kurang sesuai dengan budaya masyarakat majmuk Malaysia amnya.
3. Karya juga hendaklah menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran yang berkesan kepada pembaca.
4. Panjang manuskrip bagi novel humor mestilah tidak kurang daripada 40,000 patah perkataan.
5. Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris dan berjilid kemas.
6. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu manuskrip namun setiap peserta hanya layak menerima satu hadiah sahaja.
7. Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah.
8. Nama dan alamat peserta TIDAK BOLEH tertera pada manuskrip yang dikirim.
9. Karya mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli serta belum pernah tersiar/diterbitkan oleh mana-mana pihak.
10. PTS berhak menerbitkan manuskrip yang memenangi sayembara ini. Namun, bagi karya yang tidak memenangi hadiah layak dipertimbangkan untuk diterbitkan sekiranya bersesuaian.
11. PTS akan melantik mana-mana panel hakim yang difikirkan layak menghakimi sayembara ini. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
12. Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan, iaitu pada 30 September 2010 dan dihantar kepada alamat yang berikut:
Urus Setia,
Sayembara Menulis Novel Humor PTS,
PTS Fortuna Sdn. Bhd.
12 & 12A, Jalan DBP,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-6188 0316
Faks: 03-6189 1316
ataupun e-mel: .(JavaScript must be enabled to view this email address) / .(JavaScript must be enabled to view this email address)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

PTS berhak menerbitkan manuskrip yang memenangi sayembara ini. Namun, bagi karya yang tidak memenangi hadiah layak dipertimbangkan untuk diterbitkan sekiranya bersesuaian.
>> Adakah karya yang menang, apabila diterbitkan tidak mendapat royalti lagi?
Adakah pertandingan ini masih tertakluk dengan Teori Surah Yusof atau boleh menggunakan sudut pandangan pertama?
Pengarang digalakkan menggunakan Teknik Surah Yusof bagi menghasilkan karya yang menarik.
Penyertaan adalah berdasarkan karya humor.
Pn Ainon dan semuanya. Kami ada siarkan berita mengenai Sayembara Menulis Novel Humor PTS di inimajalah.com. Harap-harap, sedikit sebanyak membantu. Silalah baca di inimajalah.com. Terima kasih.
Menarik… insya allah akan join.
Terima kasih kepada inimajalah.com yang sudi mempromosikan sayembara ini.
puan ainon borang pertandingan boleh didapati di mana? ataupun sayembara ini tidak memerlukan borang.. cuma hantar sahaja manuskrip…
Tuan Izan Ali,
Tuan boleh sahaja menghantar manuskrip dan kepilkan bersama maklumat peribadi. Sekian, terima kasih.
mesti pakai manuskrip,,? klu by email bole ka..? or cara len yg lbih snang..?
selamat sejahtera, ermm , saya mahu bertanya,,
saya hendak menulis sebuah novel yang bertemakan “misteri” boleh????
Post a comment