Saturday, June 27, 2009

Strategi RM10 bagi PTS Mengembangkan Sayapnya ke Bandar-bandar Kecil Seluruh Negara

Mulai tahun 2009 ini PTS mula melancarkan strategi pengedaran yang lebih agresif bagi meningkatkan jualan tiap-tiap judul yang diterbitkannya.

Pada masa ini buku-buku PTS dipasarkan melalui rangkaian kedai buku yang besar-besar di bandar-bandar utama sahaja. Buku-buku PTS masih belum dapat dibeli di kedai-kedai buku di bandar-bandar sederhana dan pekan-pekan kecil.

Salah satu faktor yang menyebabkan buku-buku PTS tidak dijual di kedai-kedai buku bandar sederhana seperti Kulim, Mersing, Banting dan Temerloh adalah disebabkan kedai-kedai buku takut dengan harga buku-buku PTS yang mereka anggap mahal bagi penduduk setempat.

Jadi, mulai tahun 2009 ini PTS mula menerbitkan beberapa siri buku-buku harga-patut, yakni di bawah RM10, yang ditargetkan khusus bagi menembusi pasaran bandar-bandar kecil dan sederhana.

Adalah diharapkan pembeli di bandar-bandar itu akan mula membeli buku-buku harga patut PTS itu, dan lama kelamaan akan ketagih membaca buku-buku PTS dan seterusnya sedia membeli buku-buku PTS yang lebih tebal dan lebih tinggi harganya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Semakin Banyak Penerbit Malaysia Menerbitkan Novel Cinta Indonesia Previous entry: Setahun Selepas Sinopsis Lulus.........
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/01  at  12:55 AM

Memang menjadi masalah hendak cari buku PTS terutama terbitan baru. Lazimnya saya ke Popular di Johor bahru, atau di Kuala Lumpur..Buku Alaf21 memang melambaklah. Jadi sudahlah harganya agak mahal, tambah pula kos tambang.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: