PTS Menggunakan Strategi Linguistik bagi Menjual Fiksyen Melayu kepada Pembaca Cina
Banyak remaja Cina dan India belajar di sekolah aliran kebangsaan, dan banyak antara mereka yang mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan kertas Bahasa Melayu.
Disebabkan mereka dapat membaca dalam Bahasa Melayu dengan baik sekali, maka pasaran mereka adalah Laut Biru yang menjadi salah satu target PTS.
Namun, Bahasa Melayu yang dikuasai dengan baik oleh pelajar-pelajar Cina itu adalah laras Bahasa Melayu Tinggi (BMT), sebagaimana yang mereka pelajari dalam buku-buku teks.
Faktor itulah yang menyebabkan pelajar-pelajar Cina mendapat markah cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu, berbanding dengan pelajar Melayu sendiri, kerana pelajar-pelajar Cina itu bercakap dan menulis menggunakan tatabahasa yang betul.
Pelajar-pelajar Cina itu tidak fasih dengan Bahasa Melayu Rendah (BMR). Inilah yang menyebabkan novel-novel yang ditulis menggunakan Bahasa Melayu basahan tidak dibeli oleh pembeli Cina, kerana mereka sukar memahami dialog-dialog yang ditulis menggunakan bahasa cakap harian.
Bagi membolehkan buku-buku fiksyen PTS dibaca dengan mudah dan lancar oleh remaja bukan-Melayu, PTS mewajibkan penulis-penulisnya supaya menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

penulis pts tak guna perkataan ‘aku’kah? watak org jahat pun guna ‘saya’.
Post a comment