Monday, December 13, 2010

PTS akan Menubuhkan “Kelab Persahabatan dan Kerjasama” di Kalangan Pengusaha Kiosk Buku

Cikpuan Azzah Abd. Rahman adalah pendiri kiosk buku BACHA di dalam bangunan supermarket Econsave di bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan (foto).

Sepanjang fasa projek membuka kiosk itu, beliau menerima coaching dari Tuan Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS. Selepas BACHA beroperasi, beliau masih terus dari masa ke masa menerima coaching dari Tn. Zain.

Pada hari Ahad 19 Disember nanti, Tn. Zain akan memberikan kursus percuma kepada tuan-tuan yang berminat mencontohi langkah Cik Azzah Abd. Rahman.

Tujuan kursus ini diberikan adalah:

1. Memberikan maklumat-maklumat paling asas yang tuan perlu ketahui apabila tuan terfikir mahu membuka bisnes kiosk buku di dalam supermarket.

2. Sebagai langkah pertama kepada proses coaching yang beliau akan berikan secara berterusan kepada tuan-tuan.

3. Membuka sebuah kelab persahabatan dan kerjasama di kalangan pemilik kiosk buku di bawah coaching Tn. Zain, supaya saling berkenalan, dorong-mendorong, bertukar-tukar tip dan maklumat bisnes bagi mengurangkan risiko melakukan kesilapan yang merugikan.

4. Memilih seorang Presiden Kelab dan seorang Setiausaha Kelab yang akan memimpin kerjasama di kalangan anggota-anggota kelab.

PTS mengambil inisiatif menubuhkan kelab dan jaringan pengusaha kiosk buku di dalam supermarket adalah disebabkan bisnes ini mempunyai peluang kejayaan yang baik berbanding dengan membuka kedai buku di kedai berderet.

Dengan memberikan

Cikpuan Azzah Abd. Rahman adalah pendiri kiosk buku BACHA di dalam bangunan supermarket Econsave di bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan (foto).

Sepanjang fasa projek membuka kiosk itu, beliau menerima coaching dari Tuan Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS. Selepas BACHA beroperasi, beliau masih terus dari masa ke masa menerima coaching dari Tn. Zain.

Pada hari Ahad 19 Disember nanti, Tn. Zain akan memberikan kursus percuma kepada tuan-tuan yang berminat mencontohi langkah Cik Azzah Abd. Rahman.

Tujuan kursus ini diberikan adalah:

1. Memberikan maklumat-maklumat paling asas yang tuan perlu ketahui apabila tuan terfikir mahu membuka bisnes kiosk buku di dalam supermarket.

2. Sebagai langkah pertama kepada proses coaching yang beliau akan berikan secara berterusan kepada tuan-tuan.

3. Membuka sebuah kelab persahabatan dan kerjasama di kalangan pemilik kiosk buku di bawah coaching Tn. Zain, supaya saling berkenalan, dorong-mendorong, bertukar-tukar tip dan maklumat bisnes bagi mengurangkan risiko melakukan kesilapan yang merugikan.

4. Memilih seorang Presiden Kelab dan setiausaha yang akan memimpin kerjasama di kalangan anggota-anggota kelab.

PTS mengambil inisiatif menubuhkan kelab ini kerana peluang kejayaan kiosk buku adalah lebih tinggi berbanding dengan membuka kedai buku di bangunan kedai berderet.

Dengan memberikan coaching kepada bakal pengusaha kiosk, risiko kegagalan dapat dikurangkan, dengan itu bermakna PTS dapat melebarkan jaringan pengedaran buku-buku terbitannya sehingga ke pekan-pekan kecil dengan lebih efisien.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Senarai Judul Buku Dijadualkan Masuk Gudang PTS Minggu Ini Previous entry: Tip Survival Penerbit: Memilih Desain Cover Buku Remaja Awal

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.