Sunday, May 16, 2010

PTS Menubuhkan Tim R&D Membangunkan Manual Bagi Editing dan Penulisan

Selaras dengan dasar bisnes dan dasar editorial PTS yang menerbitkan buku-buku yang mematuhi syariah, PTS telah memulakan proses mengkaji unsur-unsur bahasa dalam Quran yang relevan dengan penulisan dan penerbitan buku.

Kumpulan pengkaji yang pertama memulakan penyelidikan adalah terdiri daripada (i) Prof. Abdullah Hassan (pakar bahasa Melayu), (ii) Pn. Ainon Mohd. (pakar bahasa Melayu), (iii) Tn. Rohidzir Rais (pakar bahasa Arab), dan (iv) Tn. Ahmad Zahiruddin Mohd. Zabidi (pakar bahasa Arab).

Tugas utama Tim Pengkaji ini adalah menjalankan kajian-kajian yang relevan dengan keperluan (i) para editor PTS, dan (ii) para penulis buku-buku PTS.

Produk pertama yang akan dihasilkan adalah pedoman-pedoman bahasa yang akan dimasukkan ke dalam manual editing PTS yang digunakan sekarang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku untuk Musim Raya Sudah Mula Dicetak Previous entry: Penulis dan Penterjemah Mendahului Kamus
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/17  at  12:26 AM

Mana boleh guna perkataan ‘telah’ dalam ayat. Bukan sepatutnya kita menggunakan perkataan ‘sudah’bagi menggantikan ‘telah’?

PTS telah memulakan proses ...

Asyraff Hafdzan bin Abdullah  on  05/17  at  04:11 AM

Salam, Puan Guru. Semoga Puan Guru berada dalam keadaan yang sihat walafiat.

Saya tertarik dengan cadangan salah seorang editor berkenaan dasar patuh syariah yang diamalkan oleh PTS.

Beliau mencadangkan agar PTS menubuhkan Panel Syariah sepenuh masa, yang boleh dirujuk oleh editor untuk segala isu berkaitan Syariah. Ini kerana, saya sendiri dapat melihat ada beberapa produk PTS yang ‘terlepas’ perkara yang membahayakan aqidah, dan bukan daripada amalan orang Islam. Contohnya produk yang mengandungi ramalan zodiak.

Panel ini boleh dirujuk bila-bila masa, dan bertugas untuk menyelesaikan permasalahan syariah, bagi produk PTS. Lebih dikhususkan untuk kumpulan editor, kerana mereka yang membuat produk. Tidak semua editor mempunyai pengetahuan mendalam berkenaan agama Islam yang kita cintai ini. Tambahan pula, Puan Guru membayangkan apabila suatu hari nanti, editor PTS tidak semestinya Muslim. Maka, di sinilah keperluan penubuhan Panel Syariah.

Cadangan ini boleh dilaksanakan, selepas Tim R&D bertugas. Selain berfungsi menyemak isu bahasa, manual editing dan penulisan, saya mencadangkan tim tersebut memikirkan penubuhan Panel Syariah juga.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.