Wednesday, June 30, 2010

PTS Menubuhkan Unit Perkamusan

Tuan Fauzul Naim Ishak, pengurus besar jabatan editorial PTS memberitahu bahawa PTS PROFESSIONAL Sdn. Bhd. sudah menubuhkan unit perkamusan, dengan melantik Tn. Khairul Taufiq Abu Bakar sebagai editor perkamusan.

Pasaran buku-buku kamus adalah pasaran yang baik dan evergreen dan menguntungkan. Ini adalah satu lagi Laut Biru yang akan diterokai oleh PTS.

Pada masa ini 2 buah penerbit yang dominan dalam sektor buku kamus adalah (i) Dewan Bahasa dan Pustaka dan (ii) penerbit Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Dalam rancangan jangka masa panjang jabatan editorial PTS, unit perkamusan akan dijadikan anak syarikat sendiri kerana modus operandi dan kepakaran yang diperlukan dalam bidang perkamusan adalah sangat berbeza daripada penerbitan buku-buku lain.

Tuan dan puan yang berminat menyusun kamus, mohon menulis surat kepada Tn. Khairul Taufiq Abu Bakar (foto) di .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Terangkan konsep kamus yang tuan mahu susun itu, dan berikan contoh entri supaya Tuan Taufiq dapat menilai dan meluluskan proposal tuan itu.

Meskipun kamus elektronik semakin popular, namun kamus cetakan kertas tetap laku. Malah tanpa kamus konvensional itu, tidak ada edisi elektroniknya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: 'Bahasa Komoditi' versus 'Bahasa Sastera' Previous entry: Tip Survival Penerbit: Mengapa Jumlah Buku-Buku Return Tinggi

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: