Saturday, November 20, 2010

PTS Mula Menerbitkan Buku Pop-Up

Kanak-kanak dan remaja perempuan sangat meminati buku-buku pop-up. Malah perempuan dewasa pun tetap menyukai buku-buku pop-up.

PTS memang sudah menerbitkan buku pop-up yang simpel-simpel bagi memenuhi kehendak pembaca. Terbukti buku-buku pop-up PTS itu diterima baik oleh pasaran.

Namun, PTS belum dapat menerbitkan buku-buku pop-up yang lebih kompleks dan lebih cantik. Ini kerana di Malaysia belum ada syarikat percetakan yang mempunyai mesin dan kepakaran tinggi mencetak buku pop-up.

Negara yang paling dekat yang mempunyai banyak pengalaman mencetak buku pop-up adalah Thailand dan Indonesia. PTS sedang dalam perancangan bagi melawat pencetak buku pop-up di Indonesia bagi mendapatkan gambaran sebenar bagaimana buku pop-up yang kompleks itu dicetak.

Antara maklumat teknikal yang diperlukan adalah:

(i) Perlukah seluruh buku dicetak sempurna di Indonesia.

(ii) Bolehkah bahagian buku yang mengandungi elemen pop-up itu sahaja yang dicetak di Indonesia, kemudian disusun menjadi buku final di Malaysia.

Harga buku-buku pop-up memang lebih mahal, tetapi pendapatan keluarga menengah Melayu sudah cukup tinggi bagi membolehkan buku-buku pop-up dijual kepada mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: AHAD 12.12.10: Kursus Bahasa Persuasif Previous entry: Buku 'Indahnya Malam Pengantin' dari Perspektif Perempuan
Pustaka Munirah  on  11/20  at  09:54 AM

Salam Puan Ainon…

Di Malaysia sebenarnya sudah ada syarikat percetakan buku pop up sejak 20 tahun lalu iaitu di TWP Sdn Bhd, Johor Bahru (http://www.twpsin.com). Saya adalah “bekas” pekerja mereka yang mengeluar buku-buku pop up ini.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, China adalah pengeluar buku pop up yang terbesar dan termurah di dunia.

Saifuddin Awang.
Kemaman.

..................

Tuan Saifuddin, terima kasih banyak-banyak atas maklumat itu!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: