Saturday, February 19, 2011

PTS Netmedia Sdn. Bhd. Mula Menerbitkan Buku

PTS NetMedia Sdn. Bhd. adalah anak syarikat PTS yang terbaru beroperasi.

Anak syarikat ini ditubuhkan khusus bagi menerbitkan buku-buku teknikal dan komersial bagi membantu pembaca yang memerlukan buku-buku panduan pantas menggunakan pelbagai gajet dalam kehidupan sehari-hari.

Target utama PTS NetMedia adalah golongan muda antara 16 tahun sehingga 38 tahun, khususnya pembaca lelaki.

Buku Kuasai Fungsi & Kawalan kamera DSLR adalah buku terbitan PTS NetMedia yang pertama. Buku ini sedang dicetak dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Pasaran buku-buku panduan teknikal adalah pasaran yang cepat berkembang dan cepat berubah. Justeru buku-buku dalam kategori ini tidak tahan lama dalam pasaran. Dengan demikian penulis perlu bersedia menghasilkan edisi terbaru setiap kali teknologinya berubah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Faktor Kejayaan Novel Remaja Sehingga Dapat Menyaingi Novel Cinta Popular Previous entry: Cara Kerja AinMaisarah Mencipta Jalan Cerita

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.