PTS PROFESSIONAL dan Jabatan Grafik Naik 1 Tingkat
Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang ada urusan dengan pegawai-pegawai PTS Profesional dan Jabatan Grafik PTS, apabila datang ke pejabat editorial di Wangsa Melawati, minta maaflah, nampaknya tuan perlu naik tangga 1 tingkat lagi sebab mereka sudah berpindah ke tingkat atas!
Dua lantai yang kita sewa sekarang sudah terlalu sempit, sedangkan jumlah staf makin bertambah. Syukurlah kita dapat pula menyewa lantai di atas.
Perkembangan sihat ini adalah dengan izin Tuhan yang maha menolong hambanya, dan berkat sokongan dan dukungan daripada penulis-penulis PTS yang berkarya dengan penuh semangat dan dedikasi bagi memandaikan bangsa.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahun lepas saya masuk, dua pintu. Tahun ini, sudah tiga pintu. Mudah-mudahan berpintu-pintu lagi bertambah setiap tahun.
PTS sudah naik lagi satu tangga. Saudara Mat Jan bila pula hendak berumah tangga?
Salam untuk semua,
TAHNIAH… moga sentiasa dimurahkan rezeki olehNya. Amiin.
Post a comment