PTS Sambut Merdeka
Buku ini akan dilancarkan pada 31 Ogos 2007 di MPH Alamanda, Centre Court, Putra Jaya, jam 4.00 petang.Antara mereka yang akan hadir adalah Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah sendiri, Sdr. Ahmad Fadzli Yusof.
Kepada saudara yang sudah mempunyai isteri, gembirakan hati isteri dengan membawa isteri dan anak-anak datang ke majlis ini.
Kebanyakan peminat Dato' Dr. Mohd. Fadzilah adalah kaum wanita.
Sambil itu bolehlah singgah ke MPH dan membeli buku-buku terbaru PTS ONE untuk anak-anak.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahniah di atas kelahiran ‘Kuasa Hijrah’ semoga kita semua mendapat ilmu dan kuasa bagi membuat perubahan dalam hidup kita.
Sempena hari dan bulan kemerdekaan, mari kita menyatukan kuasa bagi merubah diri kita, generasi sekarang dan akan datang bagi mencapai setiap visi Muhammad bin Abdullah
——-
Sepatutnya beginilah cara menyambut merdeka yang sebenarnya. SELAMAT HARI MERDEKA. Mari kita berdoa dan membaca yasin agar Malaysia dirahmati
Salam Merdeka untuk Pn Ainon yang dihormati, seluruh warga PTS yang beriltizam tinggi, dan para pengkarya yang dinamik - berjuang dengan mata pena untuk memandaikan bangsa.
“Kemerdekaan anugerah Tuhan,
atas jerih payah kekentalan jiwa;
Insan hebat bergelar pahlawan,
korban jiwa raga bina nusa bangsa.”
“Kita merdeka dengan api,
kita merdeka dengan darah;
membara dada perwira sejati,
dibakar dihambat penjarah penjajah!”
merdeka!merdeka!merdeka!
salam hormat daripada Harleem A.D.
sg ramal, kajang
(tanah kelahiran seorang perwira negara - Leftenan Adnan)
Gambar-gambar majlis pelancaran buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah di http://studio.ibnuariff.com
Post a comment